Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

Seksyen 10

(2)

Bagi maksud membuat cadangan untuk menjalankan apa-apa perubahan, penambahan, penyemakan atau penggantian bagi keseluruhan atau sebahagian daripada pelan struktur, Datuk Bandar boleh mengikut kehendaknya sendiri dan hendaklah, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, memulakan suatu kajian sebagaimana yang perlu untuk memeriksa perkara yang dijangka mungkin menjejaskan pembangunan atau perancangan yang sesuai bagi pembangunan

Wilayah Persekutuan.

(3)

Tanpa menyentuh keluasan am subseksyen (1) dan (2) perkara yang hendak dikaji adalah termasuk―

(a)

ciri-ciri utama fizikal, ekonomi, persekitaran, dan sosial yang termasuk kegunaan utama tanah

Wilayah

Persekutuan, dan setakat mana ciri-ciri utama itu dijangka akan memberi kesan kepada Wilayah Persekutuan dan

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 267

kawasan yang berhampiran;

(b)

saiz, komposisi dan taburan penduduk Wilayah Persekutuan sama ada menetap atau tidak;

(c)

tanpa menyentuh perenggan (a), perhubungan, sistem pengangkutan, dan lalu lintas Wilayah Persekutuan, dan setakat mana ia dijangka akan memberi kesan kepada

Wilayah Persekutuan dan kawasan yang berhampiran;

(d)

apa-apa perkara yang tidak disebut dalam mana-mana perenggan terdahulu yang dijangka akan memberi kesan kepada apa-apa perkara yang disebut;

(e)

perkara lain yang ditetapkan atau dalam sesuatu kes tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan

(f)

apa-apa pertukaran yang telahpun diunjurkan dalam sesuatu perkara yang disebut dalam mana-mana perenggan terdahulu dan kesan yang mungkin timbul disebabkan oleh pertukaran itu ke atas pembangunan, atau perancangan pembangunan Wilayah Persekutuan.

(4)

Pada membuat dasar dan cadangan amnya untuk perubahan, penambahan, penyemakan atau penggantian bagi keseluruhan atau sebahagian daripada pelan struktur, Datuk Bandar hendaklah memberi perhatian kepada dasar semasa berkenaan dengan perancangan dan pembangunan sosial dan ekonomi, perlindungan alam sekitar negara dan wilayah dan perkara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri supaya diambil kira.

Kebenaran Menteri dan penyiaran notis

Section 10 — FEDERAL TERRITORY (PLANNING) ACT 1982