Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

Seksyen 12

Perisytiharan dan pembatalan kawasan tindakan

Datuk Bandar dengan kelulusan Menteri boleh pada bila-bila masa melalui pemberitahuan dalam Warta dan dalam akhbar tempatan sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar, mengisytiharkan mana-mana kawasan yang tidak ditunjukkan sebagai kawasan tindakan dalam pelan pembangunan sebagai kawasan tindakan atau boleh membatalkan mana-mana kawasan tindakan yang ditunjukkan dalam pelan pembangunan.