Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

Seksyen 13

Penyediaan draf pelan tempatan

(2)

Jika pelan struktur bagi Wilayah Persekutuan telah mula berkuat kuasa, Datuk Bandar hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menimbangkan, dan kemudian dari itu sentiasa memberi perhatian kepada keperluan menyediakan draf pelan tempatan bagi mana-mana bahagian atau bagi keseluruhan Wilayah Persekutuan dan, jika difikirkannya perlu dan dia belum lagi berbuat demikian, hendaklah menyediakan draf pelan tempatan itu.

(3)

Suatu draf pelan tempatan hendaklah mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis dan hendaklah―

(a)

menyatakan, dengan secara terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Datuk Bandar, cadangannya untuk pembangunan dan kegunaan tanah dalam kawasan pelan

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 267

tempatan, yang termasuk langkah yang difikirkan patut oleh Datuk Bandar untuk pembaikan alam sekitar dari segi fizikal dan membaiki pengangkutan; dan

(b)

mengandungi apa-apa perkara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam sesuatu kes tertentu.

(4)

Suatu draf pelan tempatan bagi sesuatu kawasan hendaklah disertakan dengan gambar rajah, gambaran, dan bahan perihalan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Datuk Bandar bagi maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan dalam pelan itu dan gambar rajah, gambaran dan bahan perihalan itu hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada pelan itu.

(5)

Jika sesuatu kawasan ditunjukkan sebagai suatu kawasan tindakan dalam pelan struktur atau diisytiharkan sebagai kawasan tindakan di bawah seksyen 12, Datuk Bandar hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas pelan struktur itu mula berkuat kuasa, menyediakan suatu draf pelan tempatan bagi kawasan itu.

(6)

Pada membuat cadangannya dalam draf pelan tempatan,

Datuk Bandar hendaklah memastikan bahawa cadangan itu adalah pada amnya menurut pelan struktur sebagaimana keadaannya pada masa itu, sama ada ia telah berkuat kuasa atau tidak, dan hendaklah memberi perhatian kepada apa-apa maklumat dan pertimbangan lain yang pada fikirannya berkaitan, atau yang boleh ditetapkan atau yang

Menteri boleh dalam sesuatu kes tertentu mengarahkannya supaya diambil kira.

Publisiti berkenaan dengan draf pelan tempatan