Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

Seksyen 20

(a)

suatu perintah pembangunan yang memberi kebenaran perancangan berkenaan dengan pembangunan itu telah dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini; dan

(b)

berkenaan dengan sesuatu pembangunan yang peruntukan seksyen 40 terpakai, dia telah mematuhi peruntukan seksyen 41.

(2)

Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam subseksyen (1), tiada kebenaran perancangan akan diperlukan―

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 267

(a)

bagi menjalankan apa-apa kerja yang perlu bagi penyenggaraan, pembaikan atau apa-apa perubahan lain bagi sesuatu bangunan yang menjejaskan hanya bahagian dalam bangunan itu dan yang tidak―

(i)

melibatkan apa-apa pertukaran tentang kegunaan tanah atau bangunan;

(ii)

secara material menjejaskan rupa bentuk bahagian luar bangunan;

(iii)

melibatkan apa-apa tambahan pada ketinggian atau luas lantai bangunan itu;

(iv)

melibatkan apa-apa tambahan atau perubahan kepada sesuatu bangunan yang menjejaskan atau mungkin menjejaskan perparitan, sistem kebersihan atau keteguhannya; atau

(v)

melanggar atau tidak konsisten dengan mana-mana peruntukan dalam pelan pembangunan itu;

(b)

bagi sesuatu kerja kecil atau bagi pembinaan kajang atau sambungan daripada apa-apa bentuk dan bahan sebagaimana yang boleh dikecualikan oleh Datuk Bandar mengikut keputusan dasar;

(c)

bagi menjalankan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan

Negeri atau Bandaraya apa-apa kerja yang dikehendaki untuk membuat, menyenggara atau memperbaik sesuatu lebuh raya, jalan atau lebuh awam;

(d)

bagi menjalankan oleh Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan Negeri atau Bandaraya atau mana-mana pihak berkuasa yang ditubuhkan oleh undang-undang untuk mengadakan keselesaan untuk menjalankan apa-apa kerja bagi maksud memasang, memeriksa, membaiki atau membaharui mana-mana parit, pembetung, sesalur, paip,

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 31

kabel atau radas lain termasuk memecah mana-mana jalan atau tanah lain bagi maksud itu;

(e)

bagi kerja mengorek (termasuk menggali telaga) yang dibuat dalam penjalanan biasa kerja pertanian;

(f)

bagi membina jalan yang bertujuan untuk memberi jalan masuk ke tanah yang digunakan semata-mata bagi maksud pertanian;

(g)

bagi kegunaan mana-mana tanah atau bangunan bagi sesuatu tempoh tidak lebih daripada satu bulan atau bagi apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh Datuk Bandar bagi maksud―

(i)

panggung wayang, panggung atau pertunjukan bergerak yang sementara;

(ii)

taman hiburan, pasar ria atau pameran sementara;

atau

(iii)

istiadat atau apa-apa keramaian sementara mengenai agama, sosial, atau corak lain, dan apa-apa pembangunan yang perlu untuk memberi kesan bagi kegunaan itu;

(h)

bagi membina atau mendirikan atas mana-mana tanah, bangunan sementara untuk menempatkan pekerja yang terlibat dalam membina atau mendirikan sesuatu bangunan atas tanah itu, yang baginya kebenaran perancangan telah diberi;

(i)

bagi kegunaan mana-mana tanah atau bangunan dalam perkarangan sesuatu rumah tempat tinggal bagi apa-apa maksud bersampingan untuk menikmati rumah tempat tinggal itu; atau

(j)

bagi membuat apa-apa pertukaran tentang kegunaan tanah

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 267

atau bangunan itu sebagaimana yang ditetapkan oleh

Datuk Bandar sebagai pertukaran yang baginya tiada kebenaran perancangan diperlukan.

Permohonan untuk kebenaran perancangan