Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

Seksyen 22

(2)

Jika Datuk Bandar memutuskan untuk memberi kebenaran perancangan berkenaan dengan sesuatu pembangunan dia boleh mengeluarkan suatu perintah pembangunan―

(a)

memberi kebenaran perancangan tanpa apa-apa syarat berkenaan dengan pembangunan;

(b)

memberi kebenaran perancangan tertakluk kepada apa-apa syarat atau syarat-syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Datuk Bandar berkenaan dengan pembangunan:

Dengan syarat bahawa Datuk Bandar tidak boleh mengeluarkan suatu perintah pembangunan di bawah subseksyen ini melainkan jika dia berpuas hati bahawa peruntukan seksyen 41 berhubungan dengan

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 267

taksiran caj pembangunan telah dipatuhi.

(3)

Tanpa menyentuh keluasan perenggan 2(b), Datuk Bandar boleh mengenakan mana-mana atau kesemua syarat yang berikut―

(a)

yang bermaksud bahawa perintah pembangunan yang memberi kebenaran perancangan berkenaan dengan apa-apa pertukaran tentang kegunaan tanah atau bangunan hanya bagi sesuatu tempoh terhad dan selepas tamat tempoh itu kegunaan tanah atau bangunan itu sebagaimana yang dibenarkan di bawah perintah pembangunan itu hendaklah terhenti berkuat kuasa dan tanah atau bangunan itu hendaklah berbalik kepada kegunaannya yang asal; dan

(b)

untuk mengatur ―

(i)

pembangunan dan kegunaan mana-mana tanah lain yang ada di bawah kawalan pemohon dan bersambungan dengan tanah yang akan diberi kebenaran perancangan untuk pembangunannya;

dan

(ii)

kerja yang boleh dijalankan atas tanah lain itu mengikut cara dan setakat mana Datuk Bandar fikirkan suai manfaat dengan memandangkan kepada pembangunan yang akan diberi kebenaran perancangan itu.

(4)

Pada menguruskan sesuatu permohonan untuk kebenaran perancangan Datuk Bandar hendaklah memberi perhatian kepada apa-apa perkara yang menurut budi bicaranya adalah suai manfaat atau perlu bagi maksud perancangan yang sepatutnya dan berkenaan dengan ini tetapi tanpa menyentuh budi bicara Datuk Bandar untuk menguruskan permohonan itu, Datuk Bandar hendaklah setakat mana yang praktik memberi perhatian―

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 35

(a)

peruntukan pelan pembangunan dan jika pelan tempatan belum diterima, Pelan Pembangunan Lengkap; dan

(b)

apa-apa pertimbangan material yang lain:

Dengan syarat bahawa dalam hal keadaan di mana tidak terdapat pelan tempatan bagi sesuatu kawasan dan Datuk Bandar berpuas hati bahawa apa-apa permohonan untuk kebenaran perancangan tidak akan dipertimbangkan demi kepentingan perancangan yang sepatutnya sehingga pelan tempatan bagi kawasan itu disediakan dan diterima di bawah Akta ini maka Datuk Bandar boleh menolak atau menggantung permohonan itu.

(5)

Apabila sesuatu permohonan untuk kebenaran perancangan diterima

Datuk

Bandar hendaklah dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan sama ada membenarkan atau menolak permohonan itu dan jika permohonan itu dibenarkan tertakluk kepada syarat atau ditolak, Datuk Bandar hendaklah memberi sebab secara bertulis mengenai keputusannya itu.

(6)

Jika sesuatu perintah pembangunan diberi sama ada dengan syarat atau tanpa syarat, ia hendaklah disampaikan kepada pemohon dalam borang yang ditetapkan.

Rayuan terhadap keputusan Datuk Bandar

Section 22 — FEDERAL TERRITORY (PLANNING) ACT 1982