Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

Seksyen 26

(a)

memulakan, mengusahakan atau menjalankan pembangunan yang melanggar subseksyen 19(1) atau menggunakan atau membenarkan untuk digunakan sesuatu tanah yang melanggar seksyen itu;

(b)

memulakan, mengusahakan atau menjalankan pembangunan yang melanggar subseksyen 20(1);

(c)

memulakan, mengusahakan atau menjalankan pembangunan yang melanggar apa-apa syarat yang dinyatakan dalam perintah pembangunan yang memberi kebenaran perancangan berkenaan dengan pembangunan tersebut;

(d)

memulakan, mengusahakan atau menjalankan apa-apa pembangunan jika perintah pembangunan berkenaan dengan pembangunan itu habis tempoh di bawah seksyen 24;

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 267

(e)

memulakan, mengusahakan atau menjalankan apa-apa pembangunan jika perintah pembangunan atau kebenaran atau kelulusan bagi pelan pembangunan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pembangunan itu telah dibatalkan menurut seksyen 25

atau subseksyen 41(2); atau

(f)

memulakan, mengusahakan atau menjalankan pembangunan jika perintah pembangunan atau kebenaran atau kelulusan bagi pelan pembangunan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pembangunan itu telah diubah suai menurut seksyen 25

yang mengakibatkan pembangunan yang dimulakan, diusahakan atau dijalankan sedemikian oleh orang itu tidak konsisten dengan perintah pembangunan atau kebenaran atau kelulusan yang diubah suai itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi daripada lima puluh ribu ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan denda tambahan sehingga lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disabitkan kerana melakukan kesalahan pertama itu.

(2)

Pemunya tanah yang berkenaan dengannya apa-apa perbuatan yang menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan hendaklah disifatkan telah membenarkan perbuatan itu dan dia hendaklah bertanggungan atas kesalahan yang sama dan dikenakan penalti yang sama.

(3)

Jika penggunaan tanah atau bangunan dibenarkan oleh Datuk

Bandar untuk diteruskan menurut subseksyen 19(2), seseorang yang meneruskan kegunaan itu pada atau selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam permit yang membenarkan kegunaan itu atau yang meneruskan kegunaan itu yang melanggar apa-apa terma atau syarat yang di bawahnya penggunaan itu dibenarkan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi daripada dua puluh lima ribu ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan denda tambahan sehingga lima ratus ringgit bagi tiap-Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 41

tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disabitkan kerana melakukan kesalahan pertama itu.

Notis penguatkuasaan berhubung dengan pembangunan yang dijalankan yang melanggar undang-undang