Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

Seksyen 27

Jika Datuk Bandar berpendapat bahawa sesuatu pembangunan atau kegunaan tanah atau bangunan telah diusahakan atau dijalankan atau sedang dijalankan dan belum diselesaikan yang melanggar seksyen 26, Datuk Bandar boleh pada bila-bila masa menyampaikan kepada pemunya tanah dan penduduk yang berkenaan dengannya suatu notis penguatkuasaan yang menghendaki mana-mana atau kedua-duanya dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan di dalamnya supaya mematuhi kehendak notis penguatkuasaan itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghalang pendakwaan terhadap mana-mana orang kerana sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.

Section 27 — FEDERAL TERRITORY (PLANNING) ACT 1982