Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
Kesan notis penguatkuasaan yang disampaikan menurut seksyen 27
(2)
Jika sesuatu permohonan untuk kebenaran perancangan dibuat di bawah subseksyen (1) Datuk Bandar hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya untuk menentukan sama ada hendak menggantungkan notis penguatkuasaan itu atau terus mengambil tindakan mengikut kehendak notis itu.
(i)
Seksyen 21 hendaklah terpakai bagi sesuatu permohonan untuk kebenaran perancangan di bawah seksyen ini
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 267
dengan syarat bahawa sebagai tambahan kepada apa-apa fi yang dikehendaki supaya dibayar di bawah seksyen 21
suatu denda tambahan sebagaimana yang diperuntukkan hendaklah dibayar bagi sesuatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini;
(ii)
Datuk Bandar hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya untuk memberi kebenaran perancangan atau enggan untuk memberi kebenaran perancangan berkenaan dengan sesuatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini; dan peruntukan subseksyen 22(2) hingga (6) hendaklah terpakai bagi sesuatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini;
(iii)
Jika kebenaran perancangan diberikan berkenaan dengan sesuatu permohonan, notis penguatkuasaan tidak boleh berkuat kuasa atau jika kebenaran perancangan diberikan hanya untuk mengekalkan beberapa bangunan atau kerja atau hanya untuk meneruskan penggunaan hanya sebahagian daripada tanah itu, notis penguatkuasaan tidak boleh berkuat kuasa terhadap bangunan atau kerja atau bahagian tanah itu, tetapi hendaklah berkuat kuasa penuh terhadap bangunan lain, kerja lain atau bahagian lain tanah itu.
Penalti kerana tidak mematuhi notis penguatkuasaan yang disampaikan menurut seksyen 27