Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―

―bangunan‖ termasuklah sesuatu rumah, pondok, bangsal atau kepungan tertutup sama ada sementara atau kekal dan sama ada digunakan atau tidak digunakan bagi maksud kediaman manusia, dan juga sesuatu tembok, pagar, pelantar, pentas, pintu get, tiang wayarles, aerial dan antena yang digunakan bagi maksud pemancaran, tiang, pancang, bingkai, dinding adang, limbungan, kolam mandi dan kolam renang, dok, dermaga, tambangan, jeti, pelantar mendarat atau jambatan, atau apa-apa struktur, topang atau asas yang disambungkan pada atau dengan mana-mana yang tersebut sebelum ini;

―caj pembangunan‖ ertinya caj pembangunan yang dilevi di bawah seksyen 40;

―Datuk Bandar‖ ertinya Datuk Bandar yang dilantik di bawah Akta

Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190];

―jalan‖ ertinya mana-mana jalan sama ada jalan awam atau jalan persendirian dan termasuklah sesuatu lebuh, medan, halaman, jalan kecil, lorong, jambatan, siar kaki, haluan jejak, jalan enam kaki, laluan, atau lebuh raya, sama ada jalan tembus atau tidak yang orang awam berhak lalu;

―kawasan pembangunan‖ ertinya suatu bahagian atau keseluruhan sesuatu kawasan tindakan yang diperoleh mengikut seksyen 47;

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 9

―kawasan plinth‖ ertinya kadar kawasan sesuatu lot yang diliputi oleh bangunan;

―kawasan tindakan‖ ertinya sesuatu kawasan atau kawasan-kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana pelan pembangunan atau yang telah diisytiharkan sedemikian mengikut peruntukan Akta ini untuk memudahkan pembangunan baru, pembangunan semula atau pembaikan;

―kebenaran perancangan‖ ertinya kebenaran yang diberikan dengan atau tanpa syarat dalam sesuatu perintah pembangunan untuk menjalankan apa-apa pembangunan yang dinyatakan dalam perintah itu;

―kediaman‖ ertinya menggunakan sebagai tempat kediaman manusia sesuatu tanah atau bangunan atau sebahagiannya termasuklah taman, perkarangan, garaj, kandang, dan rumah luar yang menjadi sebahagian bangunan itu;

―kegunaan‖, berhubungan dengan sesuatu tanah, ertinya apa-apa kegunaan tanah selain semata-mata untuk menyimpan atau menstor bahan dan kelengkapan yang bertujuan untuk digunakan bagi membina atau mendirikan sesuatu bangunan di atas tanah tersebut, atau sebagai tapak untuk bangunan sementara untuk menempatkan pekerja yang terlibat dalam membina atau mendirikan bangunan tersebut;

―kegunaan perdagangan‖ ertinya kegunaan sesuatu tanah atau bangunan atau sebahagian daripadanya bagi maksud perdagangan;

―kegunaan perindustrian‖ termasuklah kegunaan sesuatu tanah atau bangunan atau sebahagiannya bagi maksud perindustrian;

―kemudahan awam‖ termasuklah jalan, bekalan air dan elektrik, perkhidmatan telefon, lampu jalan, pembetungan, perparitan, kerja raya, dan perkhidmatan dan kesenangan awam lain yang serupa itu;

―kepadatan‖ ertinya keamatan menggunakan tanah yang dihitung atau dikira mengikut bilangan orang, unit kediaman, atau bilik yang

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 267

boleh dihuni, atau apa-apa gabungan daripada faktor itu, bagi satu unit kawasan tanah;

―kerja bangunan‖ ertinya meruntuh, mendirikan, mendirikan semula, atau meluaskan sesuatu bangunan atau struktur atau apa-apa bahagiannya dan termasuklah―

(a)

apa-apa tambahan pada ketinggian atau ruang lantai sesuatu bangunan;

(b)

apa-apa tambahan atau perubahan pada sesuatu bangunan yang menyentuh atau mungkin menyentuh perparitan atau susunan kebersihan atau keteguhannya;

(c)

apa-apa tambahan atau perubahan pada sesuatu bangunan, sama ada dibuat sebelum atau selepas bangunan itu siap, yang menyimpang dengan apa-apa butir daripada mana-mana pelan atau penentuan berkenaan dengan bangunan itu yang diluluskan pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk meluluskan pelan atau penentuan itu;

(d)

apa-apa tambahan atau perubahan pada sesuatu bangunan yang secara material menyentuh atau mungkin secara material menyentuh sesuatu bangunan mengikut apa-apa cara; dan

(e)

apa-apa kerja lain yang biasanya dikendalikan oleh seseorang yang menjalankan urusan pembinaan bangunan;

―kerja kejuruteraan‖ termasuklah membentuk atau meratakan tanah, membentuk atau membina jalan masuk ke sesuatu jalan dan menyusun kabel, sesalur bekalan air, pembetungan atau perparitan;

―keselesaan‖ ertinya apa-apa kualiti atau keadaan sesuatu tempat atau kawasan yang turut menyebabkan tempat atau kawasan itu menjadi

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 11

selesa, harmoni dan dapat dinikmati dengan lebih baik, dan termasuklah tanah lapang, taman, taman rekreasi dan taman permainan;

―Lembaga Rayuan‖ ertinya Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 45;

―luas lantai‖ ertinya jumlah luas ruang lantai dalam sesuatu bangunan yang diukur dari dinding sebelah luar dan berkenaan dengan dinding berkongsi, diukur dari tengah-tengah dinding berkongsi itu;

―nisbah plot‖ ertinya nisbah antara jumlah luas lantai sesuatu bangunan dan luas plot bangunan itu;

―notis pembelian‖ ertinya notis pembelian yang disebut dalam seksyen 46;

―notis penguatkuasaan‖

ertinya notis penguatkuasaan yang disampaikan menurut seksyen 27;

―notis permintaan‖ ertinya notis permintaan yang disebut dalam seksyen 30;

―pegawai yang diberi kuasa‖, berhubungan dengan sesuatu peruntukan, ertinya seseorang pegawai yang dilantik secara bertulis oleh Datuk Bandar sebagai seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi maksud peruntukan tersebut;

―pelan pembangunan‖, berhubungan dengan sesuatu kawasan, ertinya―

(a)

pelan tempatan bagi kawasan itu; atau

(b)

jika tiada pelan tempatan bagi kawasan itu, pelan struktur bagi kawasan itu;

dan, berhubungan dengan sesuatu tanah atau bangunan, ertinya pelan pembangunan, sebagaimana yang ditakrifkan, bagi kawasan yang tanah atau bangunan itu terletak;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 267

―Pelan Pembangunan Lengkap‖ ertinya pelan pembangunan lengkap yang disebut sebagai pelan No. 1039, 1040 dan 1041 dalam

*Akta (Perancangan) Bandaraya Kuala Lumpur 1973 [Akta 107];

―pelan struktur‖, berhubungan dengan sesuatu kawasan, ertinya sesuatu pernyataan bertulis yang disertai dengan gambar rajah, gambaran dan bahan perihalan lain yang mengandungi dasar dan cadangan mengenai pembangunan dan kegunaan tanah dalam kawasan itu dan boleh menunjukkan kawasan tindakan; dan ―draf pelan struktur‖ hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya;

―pelan tempatan‖, berhubungan dengan sesuatu kawasan, ertinya pelan tempatan sebagaimana yang disediakan di bawah seksyen 13;

―pembangunan‖ ertinya menjalankan sesuatu kerja bangunan atau kejuruteraan, perlombongan atau perindustrian atau apa-apa kerja lain yang serupa itu di dalam, di atas, atau di bawah tanah, dan termasuklah sesuatu pertukaran tentang kegunaan tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian tanah atau bangunan itu, atau pemecahan sempadan atau penyatuan tanah;

―pemunya‖, berhubungan dengan sesuatu tanah atau bangunan, ertinya―

(a)

tuan punya berdaftar tanah itu;

(b)

pemegang pajak berdaftar bagi sesuatu pajakan termasuk seseorang pemegang pajak kecil berdaftar;

(c)

ejen atau pemegang amanah bagi mana-mana orang yang diperihalkan dalam perenggan (a) dan (b) jika Datuk

Bandar berpendapat bahawa mana-mana orang tersebut tidak dapat dijumpai;

* CATATAN – Akta (Perancangan) Bandaraya Kuala Lumpur 1973 [Akta 107] telah dimansuhkan oleh

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 [Akta 267] – lihat subseksyen 65(1) Akta 267.

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 13

(d)

wakil dirinya di sisi undang-undang bagi mana-mana orang yang diperihalkan dalam perenggan (a) dan (b) jika mana-mana orang itu telah mati;

(e)

orang yang pada masa itu menerima sewa premis yang berkenaan dengannya perkataan itu digunakan sama ada bagi pihaknya sendiri atau sebagai ejen atau pemegang amanah bagi mana-mana orang lain atau sebagai seorang penerima atau orang yang akan menerima sewa itu jika premis itu disewakan kepada seseorang penyewa;

―penduduk‖, berhubungan dengan sesuatu tanah atau bangunan, termasuklah―

(a)

seseorang penyewa tanah atau bangunan;

(b)

seseorang pemunya tanah atau bangunan yang menduduki atau secara lain menggunakan tanah atau bangunan itu;

(c)

seseorang yang sebenarnya menduduki tanah atau bangunan itu atau menjaga, mengurus, atau mengawal tanah atau bangunan itu, sama ada bagi pihaknya sendiri atau sebagai ejen bagi orang lain;

tetapi tidak termasuk seseorang yang menumpang;

―perdagangan‖ ertinya menjalankan sesuatu dagangan, perniagaan atau profesion dan termasuklah pembekalan atau tawaran untuk membekalkan barang-barang atau perkhidmatan, penyimpanan atau pertukaran barang-barang daripada apa-apa jua jenis bagi maksud dagangan, perniagaan atau profesion, pengurusan hospital persendirian, rumah rawatan, rumah orang uzur, sanatorium, institusi pelajaran, rumah tumpangan dan penubuhan pejabat;

―perindustrian‖ termasuklah menjalankan sesuatu pengilangan, perekaan, pembaikan, pemasangan atau memproses keluaran pertanian atau proses pengemasan;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 267

―perintah pembangunan‖ ertinya perintah pembangunan yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang memberi kebenaran perancangan dengan atau tanpa syarat bagi apa-apa pembangunan yang dinyatakan dalam perintah itu;

―pertanian‖ termasuklah perkebunan, perladangan, bercucuk tanam buah-buahan, tanam-tanaman, sayur-sayuran, atau pokok-pokok, menanam apa-apa tanaman untuk digunakan sebagai makanan ternak, tenusu, membiak dan menyimpan ternak, ikan, atau lebah, dan kegunaan tanah bagi maksud tambahan kepada mana-mana aktiviti tersebut atau bagi mana-mana aktiviti pertanian yang lain tetapi tidak termasuk kegunaan tanah sebagai taman untuk digunakan bersama dengan sesuatu bangunan yang bercantum dengan tanah itu;

―tanah‖ termasuklah―

(a)

permukaan bumi, dan segala benda yang menjadikan permukaan bumi itu;

(b)

segala benda di bawah permukaan bumi;

(c)

segala tumbuhan dan keluaran semulajadi lain, sama ada memerlukan kegunaan buruh secara berkala atau tidak untuk mengeluarkannya, dan sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi;

(d)

segala benda, sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi, yang bercantum kepada bumi atau yang terpasang secara kekal pada sesuatu benda yang tercantum dengan bumi;

(e)

tanah yang dilitupi air; dan

(f)

apa-apa harta atau kepentingan mengenai tanah atau hak ke atas tanah;

―tanah lapang‖ ertinya sesuatu tanah sama ada dikepung atau tidak yang dikhaskan (atau dirizab untuk dikhaskan) keseluruhannya atau

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 15

sebahagiannya sebagai suatu taman, taman bunga awam, padang sukan dan padang rekreasi awam atau tempat makan angin awam, atau tempat jalan kaki awam, atau sebagai suatu tempat awam;

―tempat awam‖ termasuklah sesuatu tempat, bangunan atau jalan yang terbuka untuk digunakan dan dinikmati oleh orang awam atau yang orang awam boleh atau dibenarkan masuk sama ada dengan bayaran atau selainnya;

―Wilayah Persekutuan‖ ertinya kawasan sebagaimana yang ditunjukkan dalam pelan simpanan yang dikenali melalui rujukan kepada Pelan Warta No. 383.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan dalam mentafsirkan bidang sesuatu pertukaran tentang kegunaan tanah bagi maksud Akta ini, maka adalah dengan ini ditetapkan bahawa―

(a)

kegunaan tanah sebagai suatu tempat untuk membuang sampah sarap atau bahan buangan adalah melibatkan suatu pertukaran tentang kegunaan tanah itu, walaupun tanah itu mengandungi sesuatu tapak yang sudahpun digunakan bagi maksud itu jika keluasan permukaan atau longgokan itu adalah dengan itu bertambah;

(b)

apa-apa kegunaan tanah atau kegunaan sebahagian daripadanya yang melanggar atau tidak konsisten atau berlawanan dengan mana-mana peruntukan pelan pembangunan adalah melibatkan suatu pertukaran tentang kegunaan tanah itu.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan dalam mentafsirkan bidang sesuatu pertukaran tentang kegunaan bangunan bagi maksud Akta ini, maka adalah dengan ini ditetapkan bahawa―

(a)

apa-apa tambahan pada bilangan unit dalam suatu bangunan lebih daripada bilangan yang diluluskan pada mula-mulanya oleh sesuatu pihak berkuasa yang diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 267

memberi kelulusan bagi bangunan itu adalah melibatkan suatu pertukaran tentang kegunaan bangunan itu;

(b)

kegunaan sesuatu bangunan yang bukan pada mula-mulanya dibina untuk kediaman manusia sebagai rumah tempat tinggal adalah melibatkan suatu pertukaran tentang kegunaan bangunan itu;

(c)

apa-apa perubahan atau tambahan kepada bahagian bangunan itu (sama ada bahagian itu di sebelah dalam bangunan itu atau bercantum kepada bahagian luar bangunan itu) yang bersempadan dengan sesuatu garisan aturan jalan sebagaimana yang ditetapkan atau ditakrifkan dalam mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan jalan, perparitan dan bangunan melibatkan suatu pertukaran tentang kegunaan bangunan itu;

(d)

apa-apa kegunaan sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang melanggar atau tidak konsisten atau berlawanan dengan mana-mana peruntukan pelan pembangunan adalah melibatkan suatu pertukaran tentang kegunaan bangunan itu;

(e)

kegunaan sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang pada mula-mulanya dibina sebagai rumah tempat tinggal bagi maksud lain adalah melibatkan suatu pertukaran tentang kegunaan bangunan itu.