Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

Seksyen 30

(a)

bahawa apa-apa penggunaan tanah patut dihentikan; atau

(b)

bahawa syarat patut dikenakan atas kegunaan tanah yang berterusan; atau 44 Undang-Undang Malaysia AKTA 267

bahawa mana-mana bangunan atau kerja atas mana-mana tanah patut diubah atau dipindahkan,

Datuk Bandar boleh, melalui notis yang disebut ―notis permintaan‖

dalam Akta ini yang disampaikan kepada pemunya tanah itu―

(i)

meminta dihentikan penggunaan itu; atau

(ii)

mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis permintaan; atau

(iii)

meminta supaya langkah sebagaimana yang dinyatakan dalam notis permintaan itu diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan atau kerja, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan pemunya hendaklah, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis permintaan itu, tidak kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu disampaikan, mematuhi permintaan atau syarat itu.

(2)

Seseorang yang terkilan dengan notis permintaan itu boleh, dalam tempoh yang dinyatakan di dalamnya dan mengikut cara yang ditetapkan, merayu kepada Lembaga Rayuan.

(3)

Jika sesuatu rayuan difailkan di bawah subseksyen (2), notis permintaan hendaklah digantung sehingga rayuan itu diputuskan atau ditarik balik.

(4)

Pada menimbangkan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (2),

Lembaga Rayuan hendaklah mendengar perayu dan Datuk Bandar.

(5)

Jika pemunya tanah yang dimaksudkan oleh notis permintaan itu telah, kerana mematuhi notis itu, menanggung kerugian dalam bentuk susut nilai tanah atau perbelanjaan atau kos yang ditanggung pada menjalankan kerja bagi mematuhi notis itu, dia boleh menuntut daripada Datuk Bandar, dalam tempoh dan mengikut cara yang

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 45

ditetapkan, pampasan bagi kerugian, perbelanjaan atau kos.

(6)

Jika sesuatu tuntutan dibuat di bawah subseksyen (5), Datuk

Bandar hendaklah, selepas memberi kepada orang yang membuat tuntutan suatu peluang untuk didengar, menawarkan kepadanya sesuatu pampasan yang Datuk Bandar fikirkan memadai.

(7)

Jika seseorang yang kepadanya pampasan ditawarkan di bawah subseksyen (6) terkilan dengan amaun itu, dia boleh, dalam tempoh dan mengikut cara yang ditetapkan, merayu kepada Lembaga

Rayuan dan Lembaga Rayuan hendaklah mentaksirkan amaun pampasan yang hendak dibayar.

(8)

Seseorang yang tidak mematuhi sesuatu notis permintaan yang disampaikan kepadanya di bawah subseksyen (1) dalam tempoh yang dinyatakan dalamnya atau, jika sesuatu rayuan dibuat di bawah subseksyen (2), dalam apa-apa tempoh selepas rayuan itu diputuskan atau ditarik balik sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Bandar melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, denda tambahan sehingga lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disabitkan kerana melakukan kesalahan pertama itu.

(9)

Tanpa menyentuh subseksyen (8) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis permintaan itu, notis itu tidak dipatuhi, Datuk

Bandar atau mana-mana orang yang diberi kuasa sedemikian olehnya, boleh memasuki dengan atau tanpa pekerja tanah itu dan mengambil apa-apa langkah sebagaimana perlu untuk melaksanakan notis permintaan itu termasuk meroboh atau mengubahkan mana-mana bangunan atau kerja atau memindahkan apa-apa barang, kenderaan atau benda daripada mana-mana bangunan atau tanah dan dalam keadaan itu subseksyen 29(2) dan (3) hendaklah terpakai mutatis mutandis.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 267