Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Perintah pemeliharaan pokok
Jika Datuk Bandar berpendapat bahawa adalah suai manfaat bagi kepentingan keselesaan untuk membuat peruntukan bagi pemeliharaan mana-mana pokok, pokok-pokok atau kelompok pokok dalam Wilayah Persekutuan, dia boleh bagi maksud itu membuat suatu perintah yang dalam Akta ini disebut ―perintah pemeliharaan pokok‖ berkenaan dengan pokok, atau kumpulan pokok sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan khususnya, peruntukan boleh dibuat oleh mana-mana perintah itu―
(a)
untuk melarang daripada memotong, memangkas, mencantas atau merosakkan pokok dengan sengaja, kecuali dengan persetujuan Datuk Bandar; dan
(b)
untuk memastikan penanaman semula mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh atau di bawah perintah itu:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak terpakai bagi memotong, memangkas, mencantas pokok yang hampir mati atau telah mati atau untuk mengelakkan bencana yang mendesak.
Larangan memotong pokok yang lilitannya melebihi satu meter