Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Penguatkuasaan kewajipan mengenai perintah pemeliharaan pokok
Jika sesuatu perintah pemeliharaan pokok yang menghendaki penggantian pokok atau pokok-pokok tidak dipatuhi, Datuk Bandar boleh terus menggantikan pokok atau pokok-pokok daripada apa-apa saiz dan jenis sebagaimana yang ditetapkan olehnya dan kos serta perbelanjaan yang ditanggung hendaklah dibayar oleh orang yang mungkir atau pemunya.