Malaysia legislation

Section 40

of *AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

Seksyen 40

(2)

Tanpa menyentuh subseksyen (1), suatu caj pembangunan mengikut kadar sebagaimana yang ditetapkan hendaklah juga dilevi oleh Datuk Bandar jika perintah pembangunan yang memberi kebenaran perancangan berkenaan dengan sesuatu pembangunan

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 51

adalah tertakluk kepada―

(a)

suatu syarat bahawa pembangunan itu boleh dijalankan hanya jika ruang untuk meletak kereta diperuntukkan mengikut cara dan setakat yang dinyatakan dalam perintah pembangunan itu; dan

(b)

suatu syarat tambahan bahawa Datuk Bandar boleh menerima pembayaran sesuatu caj pembangunan mengikut kadar yang ditetapkan menggantikan peruntukan bagi ruang untuk meletak kereta.

(3)

Caj pembangunan yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2)

boleh, menurut budi bicara Datuk Bandar, dilevi terhadap―

(a)

pemunya tanah yang dimaksudkan oleh caj pembangunan itu; atau

(b)

orang yang menjalankan pembangunan yang dimaksudkan oleh caj pembangunan itu.

(4)

Datuk Bandar dengan kelulusan Menteri boleh membuat peruntukan melalui kaedah-kaedah mengenai kadar yang akan dicaj, permohonan dan tatacara untuk mentaksir caj pembangunan, pemungutan atau pemulangan caj pembangunan dan pelucuthakan wang yang didepositkan berkenaan dengan caj pembangunan atau pengecualian daripada caj pembangunan.

Penentuan caj pembangunan