Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
(2)
Walau apa pun peruntukan Akta ini, Datuk Bandar boleh enggan untuk memberi kebenaran perancangan atau boleh membatalkan sesuatu perintah pembangunan yang memberi kebenaran perancangan bagi apa-apa pembangunan pada bila-bila masa jika caj pembangunan atau mana-mana bahagiannya berkenaan dengan pembangunan itu masih belum dibayar; dan seksyen 25 tidak terpakai bagi sesuatu perintah pembangunan yang dibatalkan di bawah subseksyen ini.
(3)
Datuk Bandar boleh pada bila-bila masa mengubah sesuatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa selepas perintah itu dikeluarkan kepadatan, luas lantai atau nisbah plot yang sebenar adalah berbeza daripada kepadatan, luas lantai atau nisbah plot yang menjadi asas caj pembangunan itu, dan hendaklah menentukan caj pembangunan yang baru dengan sewajarnya dan membuat suatu perintah bagi maksud itu.
(4)
Datuk Bandar hendaklah menyampaikan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3) mengikut cara yang ditetapkan dalam subseksyen (1).
(5)
Datuk Bandar hendaklah―
(a)
menuntut pembayaran bagi perbezaan amaun caj pembangunan itu jika amaun dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3) melebihi amaun yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1); atau
(b)
membayar balik perbezaan amaun caj pembangunan itu jika amaun yang dibayar berikutan dengan perintah di bawah subseksyen (1) melebihi amaun yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3).
Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 53
Rayuan terhadap taksiran caj pembangunan