Malaysia legislation

Section 44

of *AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

Seksyen 44

Pembayaran wang ke dalam kumpulan wang

Datuk Bandar hendaklah membayar semua wang yang dipungut di bawah Akta ini ke dalam kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan kerajaan tempatan dan walau apa pun peruntukan undang-undang itu berhubungan dengan perbelanjaan wang daripada kumpulan wang itu,

Datuk Bandar hendaklah mempunyai kuasa untuk membelanjakan apa-apa wang yang dipungut di bawah Akta ini bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini:

Dengan syarat bahawa apa-apa wang yang dipungut menurut kuasa subseksyen 40(2) tidak boleh dibelanjakan kecuali bagi maksud mengadakan ruang untuk meletak kereta dalam Bandaraya.

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 267