Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
(2)
Maka hendaklah juga ada seorang Timbalan Pengerusi
Lembaga Rayuan, kemudian dari ini disebut ―Timbalan Pengerusi‖
dalam seksyen ini yang hanya akan berkhidmat dalam Lembaga
Rayuan jika Pengerusi tidak dapat menjalankan tugasnya oleh sebab sakit, tidak ada di Malaysia atau atas apa jua sebab lain dan apabila
Timbalan Pengerusi berkhidmat dalam Lembaga Rayuan di bawah hal keadaan yang tersebut di atas dia hendaklah menjalankan tugas
Pengerusi.
(3)
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi adalah orang yang dinamakan oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, daripada kalangan orang yang menjadi Hakim Mahkamah Tinggi di Malaya tersebut atau orang yang sepuluh tahun terdahulu daripada penamaan itu telah menjadi peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi atau telah menjadi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Malaysia.
(4)
Pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam
Warta daripada kalangan orang yang dinamakan menurut subseksyen (3) dan seseorang yang dilantik itu hendaklah melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan bagi tempoh tidak lebih tiga tahun dan adalah layak dilantik semula.
Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 55
(5)
Apabila timbul sesuatu keperluan untuk memanggil
Lembaga Rayuan untuk bermesyuarat, Pengerusi hendaklah meminta mana-mana dua orang ahli untuk berkhidmat dalam Lembaga Rayuan daripada suatu panel yang dilantik oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
(b)
Pelantikan mana-mana ahli, selain Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi hendaklah bagi tempoh tiga tahun melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau pelantikannya dibatalkan.
(6)
Yang di-Pertuan Agong boleh membatalkan pelantikan
Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dan Menteri boleh membatalkan pelantikan ahli lain tanpa memberi sebab.
(7)
Seseorang ahli Lembaga Rayuan yang mempunyai suatu kepentingan dalam apa-apa perkara di hadapan Lembaga Rayuan hendaklah menzahirkan fakta dan jenis kepentingannya itu dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dan ahli itu tidak boleh mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa prosiding Lembaga
Rayuan berkenaan dengan perkara itu.
(8)
Tiap-tiap keputusan Lembaga Rayuan hendaklah dibuat oleh
Pengerusi selepas menimbangkan pendapat dua orang ahli yang lain tetapi pada membuat keputusannya Pengerusi tidak terikat supaya bersetuju dengan pendapat dua orang ahli yang lain itu atau salah seorang daripada mereka dengan syarat bahawa Pengerusi hendaklah merekodkan sebab dia tidak bersetuju dengan pendapat itu.
(9)
Lembaga Rayuan hendaklah, selain semua kuasa yang terkandung di bawah Akta ini mempunyai kuasa untuk memanggil dan memeriksa saksi, menghendaki mana-mana orang itu terikat secara bersumpah untuk menyatakan yang benar, memaksa dikemukakan dan diserahkan apa-apa dokumen yang difikirkannya material bagi prosiding di hadapannya, mengaward kos atau membuat apa-apa perintah berkenaan dengan sesuatu rayuan di hadapannya jika Akta ini tidak mengadakan peruntukan bagi jenis perintah yang hendak dibuat itu.
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 267
(10)
Tiap-tiap orang yang disaman oleh Lembaga Rayuan supaya menghadiri prosidingnya adalah terikat di sisi undang-undang untuk hadir di tempat dan pada masa yang dinyatakan dalam saman itu, dan tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh Lembaga Rayuan supaya mengemukakan atau menyerahkan apa-apa dokumen kepada
Lembaga Rayuan atau kepada mana-mana pekhidmat awam adalah terikat di sisi undang-undang untuk mengemukakan atau menyerahkan dokumen itu.
(11)
Semua saman, notis, award, dan perintah yang dikeluarkan, dibuat atau diberi di bawah tandatangan Pengerusi hendaklah disifatkan telah dikeluarkan, dibuat, atau diberi oleh Lembaga
Rayuan.
(12)
Sesuatu perintah yang dibuat oleh Lembaga Rayuan mengenai sesuatu rayuan di hadapannya adalah muktamad, tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah, dan adalah mengikat semua pihak terhadap rayuan itu atau yang terlibat dalam perkara itu.
(13)
Bagi maksud Kanun Keseksaan, Lembaga Rayuan hendaklah disifatkan sebagai suatu mahkamah dan tiap-tiap ahlinya hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam.
(14)
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menetapkan tatacara rayuan kepada Lembaga Rayuan dan fi yang kena dibayar berkenaan dengannya dan mengatur prosiding Lembaga Rayuan tetapi, sehingga kaedah-kaedah itu dibuat dan berkuat kuasa
Lembaga Rayuan hendaklah, bagi maksud prosiding itu, setakat mana yang praktik mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U. (A) 328/1980].
(15)
Ahli Lembaga Rayuan hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dengan persetujuan
Menteri Kewangan.
Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 57