Malaysia legislation

Section 46

of *AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

Seksyen 46

(a)

yang tidak diberi kebenaran perancangan di bawah seksyen 22 untuk memajukan tanahnya atas alasan bahawa tanah itu adalah ditetapkan dalam pelan pembangunan sama ada secara nyata atau tersirat, sebagai tanah yang dicadangkan bagi maksud awam dan yang menuntut bahawa, oleh sebab penolakan itu, tanah itu tidak munasabah boleh digunakan dengan berfaedah; atau

(b)

yang menuntut bahawa, oleh sebab mematuhi sesuatu notis pengambilan berkenaan dengan tanahnya yang disampaikan kepadanya di bawah seksyen 30, tanah itu tidak munasabah boleh digunakan dengan berfaedah, boleh, mengikut cara yang ditetapkan, menyampaikan kepada Datuk

Bandar suatu notis pembelian dalam borang yang ditetapkan, menghendaki supaya kepentingannya mengenai tanah itu dibeli mengikut seksyen ini.

(2)

Maka hendaklah disampaikan bersama notis pembelian suatu pernyataan tentang fakta dan sebab bagi mematutkan tuntutan dalam notis itu, serta salinan apa-apa dokumen yang ada, termasuk affidavit, yang boleh memberi bukti tentang fakta dan sebabnya.

(3)

Datuk Bandar hendaklah menyiasat tuntutan yang dibuat dalam tiap-tiap notis pembelian yang disampaikan di bawah subseksyen (1) dan, jika dia berpuas hati bahawa notis itu adalah dalam borang yang ditetapkan dan telah disediakan dan disampaikan mengikut cara yang ditetapkan, hendaklah menghantar notis itu kepada Menteri bersama-sama dengan pernyataan dan apa-apa

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 267

dokumen lain yang disampaikan bersama dengan notis itu dan―

(a)

mengenai sesuatu notis pembelian seseorang yang menuntut di bawah perenggan (1)(a), suatu laporan lengkap berkenaan dengan penolakan kebenaran perancangan yang menyebabkan tuntutan itu timbul, suatu pernyataan tentang maksud tertentu yang dicadangkan untuk tanah itu, dan suatu pernyataan tentang pendapat

Datuk Bandar sama ada tanah itu munasabah boleh digunakan dengan berfaedah; dan

(b)

mengenai sesuatu notis pembelian seseorang yang menuntut di bawah perenggan (1)(b), butir-butir notis permintaan itu yang menyebabkan tuntutan itu timbul dan suatu pernyataan tentang pendapat Datuk Bandar sama ada tanah itu munasabah boleh digunakan dengan berfaedah.

(4)

Jika Datuk Bandar tidak berpuas hati bahawa notis pembelian itu adalah dalam borang yang ditetapkan atau disediakan atau disampaikan mengikut cara yang ditetapkan, dia hendaklah menolak notis pembelian itu, tetapi tanpa menyentuh penyampaian suatu notis pembelian yang lain.

(5)

Menteri, selepas menimbangkan notis pembelian itu dan semua perkara lain yang dihantar oleh Datuk Bandar di bawah subseksyen (3) hendaklah―

(a)

jika Menteri berpuas hati bahawa tanah yang dimaksudkan oleh notis pembelian itu adalah munasabah boleh digunakan dengan berfaedah, menolak notis pembelian itu; atau

(b)

jika Menteri tidak berpuas hati bahawa tanah yang dimaksudkan oleh notis pembelian itu adalah munasabah boleh digunakan dengan berfaedah atau berpuas hati bahawa tanah itu tidak boleh digunakan sedemikian mengarahkan Datuk Bandar untuk memulakan langkah untuk mengambil tanah itu mengikut peruntukan Akta

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 59

Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486].

(6)

Bagi maksud Akta Pengambilan Tanah 1960—

(a)

mana-mana tanah yang dicadang untuk diambil menurut seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai diperlukan oleh

Datuk Bandar; dan

(b)

tanah itu hendaklah disifatkan sebagai diperlukan bagi maksud yang disebut dalam perenggan (3)(b) Akta itu.