Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
(i)
tarikh bila kawasan yang dinyatakan sebagai suatu kawasan tindakan atas pelan pembangunan atau diisytiharkan sedemikian di bawah seksyen 12;
(ii)
jenis pembangunan, pembangunan semula atau pembaikan yang dibenarkan atau mungkin dibenarkan sama ada melalui satu-satu lot atau sebagai suatu pembangunan lengkap;
(iii)
tempoh dalam mana sesuatu pembangunan hendak dimulakan dalam kawasan itu dan jika Datuk Bandar fikirkan adalah perlu, meminta supaya suatu permohonan untuk kebenaran perancangan dibuat dalam sesuatu tempoh yang dinyatakan.
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 267
Perisytiharan kawasan tindakan
(2)
Jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah kawasan tindakan pemunya atau pemunya-pemunya tidak memohon untuk kebenaran perancangan atau, jika tidak terdapat apa-apa tempoh yang dinyatakan dan pemunya tidak memulakan pembangunan dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu, Datuk Bandar boleh dengan kelulusan Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan mana-mana akhbar tempatan sebagaimana yang ditentukan oleh
Datuk Bandar mengisytiharkan kawasan atau mana-mana bahagian daripadanya sebagai kawasan pembangunan.
(3)
Apabila sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan pembangunan, maka adalah menjadi kewajipan Datuk Bandar untuk mengambil, melalui pembelian atau melalui pengambilan paksa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960, semua tanah yang diberi hakmilik yang terletak dalam kawasan itu, dan memajukan kawasan itu mengikut pelan tempatan.
Kuat kuasa perisytiharan