Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
(2)
Datuk Bandar dengan kelulusan Menteri boleh menubuhkan suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh
Datuk Bandar, untuk memajukan, menjalankan dan mengawal, mengelola dan menguruskan sesuatu projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Datuk Bandar pada menunaikan kewajipannya di bawah Bahagian ini untuk memajukan sesuatu kawasan pembangunan.
(3)
Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)
hendaklah membuat peruntukan berkenaan dengan―
(a)
maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;
(b)
keanggotaan perbadanan;
(c)
kewajipan, kuasa, dan hak perbadanan itu;
(d)
sistem pengurusan perbadanan;
(e)
pembiayaan perbadanan;
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 267
(f)
akaun yang hendak disimpan oleh perbadanan dan hal mengauditnya;
(g)
hubungan antara perbadanan dengan Datuk Bandar dan hak kawalannya ke atas perbadanan; dan
(h)
meterai perbadanan perbadanan.
Kuasa meminjam wang