Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

Seksyen 4

Lembaga Penasihat Perancangan

(a)

draf pelan struktur;

(b)

draf pelan tempatan;

(c)

perisytiharan dan pembatalan kawasan tindakan;

(d)

perisytiharan kawasan pembangunan; atau

(e)

perkara lain yang dirujuk dari semasa ke semasa oleh

Menteri kepada Lembaga Penasihat.

(2)

Lembaga Penasihat hendaklah terdiri daripada―

(a)

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan

Kesejahteraan Bandar yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b)

wakil daripada Jawatankuasa Kerja Tanah yang ditubuhkan di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965];

(c)

Ketua Pengarah Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA);

(d)

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Persekutuan; dan

(e)

tiga orang ahli yang dilantik oleh Menteri.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 267

(3)

Seseorang ahli Lembaga Penasihat yang dilantik di bawah perenggan (2)(e) hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya lebih awal atau pelantikannya ditarik lebih awal, memegang jawatan selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dan adalah layak dilantik semula.

(4)

Seseorang ahli Lembaga Penasihat boleh dibayar apa-apa elaun yang ditetapkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri

Kewangan.

(5)

Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, mesyuarat dan tatacara Lembaga Penasihat hendaklah ditetapkan oleh Lembaga Penasihat itu sendiri.

(6)

Seseorang ahli Lembaga Penasihat yang mempunyai suatu kepentingan dalam apa-apa perkara di hadapannya, hendaklah menzahirkan fakta kepentingannya dan jenis kepentingan itu dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dan ahli itu tidak boleh mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa prosiding Lembaga

Penasihat berkenaan dengan perkara itu.

(7)

Semua ahli Lembaga Penasihat hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan [Akta 574].

(8)

Menteri tidak terikat untuk bersetuju dengan pendapat

Lembaga Penasihat mengenai apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya.

Datuk Bandar menjalankan tugas dan kuasa yang diberikan dan kewajipan yang dikenakan oleh Akta ini