Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
(a)
membuat apa-apa penyiasatan, pemeriksaan, ukuran atau kerja ukur atau mengukur aras tanah atau bangunan itu;
(b)
menetapkan sempadan dan garisan kerja yang dicadangkan;
Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 63
(c)
menandakan apa-apa aras, sempadan dan garisan dengan meletakkan tanda dan menggali parit;
(d)
memeriksa kerja dalam pembinaan dan menentukan haluan pembetung dan parit;
(e)
menggali atau mengorek tanih bawah;
(f)
menentukan sama ada apa-apa pembangunan telah dimulakan, diusahakan atau dijalankan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya; dan
(g)
melakukan apa-apa perbuatan lain yang perlu untuk mentadbirkan Akta ini dengan cekap.
(2)
Tiada kemasukan boleh dilakukan―
(i)
mengenai sesuatu bangunan yang digunakan semata-mata sebagai rumah tempat tinggal atau ke dalam mana-mana bahagian atau taman terkepung yang bercantum dengan bangunan itu, melainkan jika persetujuan telah diperoleh terlebih dahulu daripada penduduknya atau notis bertulis mengenai maksud hendak masuk telah diberi kepada penduduknya sekurang-kurangnya dua puluh empat jam sebelum hendak masuk itu; dan
(ii)
tanpa memberi perhatian yang sewajarnya setakat yang seimbang dengan keperluan kemasukan itu terhadap kelaziman sosial dan agama penduduk tanah atau bangunan itu.
(3)
Mana-mana orang yang dengan sengaja menghalang kemasukan mana-mana orang yang diberi kuasa atau yang berkuasa di bawah subseksyen (1) untuk memasuki mana-mana tanah atau bangunan atau menyerang orang itu selepas kemasukan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun.
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 267
Penyampaian dokumen