Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
(a)
mengenai dokumen yang hendak disampaikan kepada sesuatu jabatan kerajaan, atau pihak berkuasa keretapi atau tempatan atau sesuatu pihak berkuasa berkanun, syarikat, perbadanan, pertubuhan atau badan lain jika dokumen itu dialamatkan kepada ketua jabatan kerajaan itu, pengurus besar perkhidmatan keretapi, setiausaha atau pegawai utama pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa berkanun, syarikat, perbadanan, pertubuhan atau badan lain di pejabat utama, cawangan, tempatan atau berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan sama ada―
(i)
dihantar serah di pejabat itu; atau
(ii)
dihantar dengan pos berdaftar ke pejabat itu;
(b)
mengenai dokumen yang hendak disampaikan kepada sesuatu perkongsian, jika dokumen itu dialamatkan kepada perkongsian itu di tempat perniagaan biasanya, dengan mengenalinya mengikut nama atau gelaran di bawah mana perniagaannya dijalankan, dan sama ada―
(i)
dihantar serah di tempat perniagaan tersebut; atau
(ii)
dihantar dengan pos berdaftar ke tempat tersebut;
(c)
dalam mana-mana hal lain, jika dokumen itu dialamatkan kepada orang yang hendak disampaikan dokumen itu dan―
(i)
diberikan atau diserahkan kepadanya; atau
Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 65
(ii)
dihantar dengan pos berdaftar kepada orang itu;
atau
(iii)
jika tidak dapat disampaikan kepadanya sendiri atau dengan pos berdaftar, dokumen itu diberikan atau dihantar kepada ahli keluarganya yang dewasa atau dilekatkan pada bahagian yang mudah dilihat di bahagian tanah atau bangunan yang dimaksudkan oleh dokumen itu.
(2)
Apa-apa dokumen yang dikehendaki atau dibenarkan untuk disampaikan kepada pemunya atau penduduk mana-mana tanah atau bangunan boleh dialamatkan sebagai ―pemunya‖ atau ―penduduk‖, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai tanah atau bangunan itu (menamakan atau memperihalkan tanah atau bangunan itu) tanpa nama atau perihal yang lain, dan hendaklah disifatkan sebagai disampaikan dengan sempurnanya jika dokumen yang dialamatkan sedemikian dihantar atau diserahkan mengikut perenggan (1)(c).
(3)
Jika sesuatu dokumen itu disampaikan kepada sesuatu perkongsian mengikut seksyen ini, dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai disampaikan kepada tiap-tiap seorang pekongsi.
(4)
Jika orang yang dokumen itu hendak disampaikan adalah orang belum dewasa, penyampaian dokumen itu kepada penjaga atau ahli keluarganya yang dewasa hendaklah disifatkan sebagai disampaikan kepada orang belum dewasa itu.
(5)
Sesuatu dokumen yang dihantar dengan pos berdaftar hendaklah disifatkan sebagai disampaikan tujuh hari selepas tarikh pendaftaran.
Pengesahan dokumen