Malaysia legislation
Section 55
Seksyen 55
(2)
Sesuatu salinan mana-mana dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) atau sesuatu cabutan daripadanya, jika diperakui dengan sempurna oleh Datuk Bandar atau seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi maksud ini, boleh diterima sebagai keterangan mengenai perkara dan urusan yang dinyatakan di dalamnya dalam hal di mana dan setakat yang sama seperti salinan asal dokumen itu boleh diterima jika dikemukakan bagi membuktikan perkara dan urusan itu.
(3)
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, suatu perakuan bagi maksud menentukan tuan punya berdaftar bagi mana-mana tanah, yang berupa sebagai ditandatangani oleh Pendaftar Hakmilik atau
Pemungut Hasil Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, bolehlah melainkan jika dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan di dalamnya.
Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 67
Sekatan terhadap menyaman Datuk Bandar, pegawai yang diberi kuasa dan ejen