Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
Datuk Bandar atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau ejen tidak boleh dikehendaki dalam mana-mana prosiding undang-undang yang Datuk Bandar bukan satu pihak, mengemukakan apa-apa rekod, daftar atau dokumen yang kandungannya boleh dibuktikan di bawah seksyen 55 dengan suatu salinan yang diperakui, atau hadir sebagai saksi untuk membuktikan perkara dan urusan yang direkodkan di dalamnya, melainkan dengan perintah mahkamah yang dibuat untuk sebab khas.