Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

Seksyen 5

(2)

Pada menjalankan tugas dan kuasa yang diberikan atau pada melaksanakan sesuatu kewajipan yang dikenakan oleh Akta ini,

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 19

Datuk Bandar tidak tertakluk kepada seksyen 5 Akta Ibu Kota

Persekutuan 1960; dan mana-mana peruntukan dalam Akta itu yang menyebut mengenai Lembaga Penasihat Kuala Lumpur yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 itu tidak terpakai bagi Datuk Bandar pada menjalankan tugas dan kuasanya dan pada melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini.

(3)

Jika oleh atau di bawah Akta ini Datuk Bandar diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa kewajipan, dia boleh secara bertulis mewakilkan, tertakluk kepada had dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam perwakilan bertulis itu, penjalanan kuasa atau pelaksanaan kewajipan itu kepada mana-mana orang yang diperihalkan mengikut nama atau jawatan:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini terpakai bagi apa-apa kuasa untuk membuat perundangan subsidiari yang diberi kepada Datuk Bandar oleh atau di bawah Akta ini.

(4)

Jika Datuk Bandar mewakilkan penjalanan apa-apa kuasa atau pelaksanaan apa-apa kewajipan kepada mana-mana orang menurut subseksyen (3), orang yang diwakilkan sedemikian itu hendaklah dalam Akta ini disebut sebagai pegawai yang diberi kuasa.

(5)

Datuk Bandar boleh melantik dengan kelulusan Menteri dan tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikan, ejen untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan tugas, kuasa dan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan cara lebih baik; dan ejen yang dilantik sedemikian itu hendaklah dalam Akta ini disebut sebagai ejen yang diberi kuasa.

Tugas Datuk Bandar