Malaysia legislation
Section 64
Seksyen 64
(2)
Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan kuasa di atas, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu―
(a)
mengawal selia pembangunan tanah berhubungan dengan perancangan yang sepatutnya;
(b)
kelas kegunaan tanah dan bangunan atau bahagiannya;
(c)
mengawal kepadatan penduduk, luas lantai, nisbah plot, kawasan plinth, dan kegunaan bangunan atau tanah;
(d)
mengawal selia ketinggian, reka bentuk, rupa bentuk dan tapak bina bangunan, mengadakan tempat letak kereta, anjakan dan tanah lapang;
(e)
mengawal jalan masuk ke tanah atau bangunan;
(f)
melindungi tugu lama dan tanah dan bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah atau seni bina;
(g)
bentuk dan kandungan terperinci pelan struktur dan pelan tempatan, tatacara yang akan diikuti berkenaan dengan menyediakan, mengemukakan, dan meluluskannya, mengikut bentuk dan cara ia akan disiarkan, dan bentuk notis berhubungan dengannya;
(h)
kelayakan orang yang boleh menyediakan atau mengemukakan pelan bagi maksud Akta ini;
(i)
mengawal selia dimensi, rupa bentuk dan kedudukan iklan yang boleh dipamerkan, tempat iklan itu boleh
Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 71
dipamerkan, cara bagaimana iklan itu boleh dilekatkan kepada tanah atau bangunan itu, mengeluarkan lesen untuk mempamer iklan itu dan untuk mencegah atau membuang iklan yang tidak dilesenkan;
(j)
menetapkan apa-apa fi sebagaimana yang dikehendaki untuk dibayar di bawah Akta ini;
(k)
kadar caj pembangunan dan cara penghitungan caj pembangunan;
(l)
borang yang permohonan untuk kebenaran perancangan untuk pembangunan boleh dibuat, butir-butir yang perlu diberikan dalam permohonan itu dan dokumen dan pelan yang perlu disertakan dengan permohonan itu;
(m)
bentuk dan kandungan perintah pemeliharaan pokok;
(n)
bentuk dan kandungan sesuatu perintah kawasan tindakan;
(o)
bentuk pendaftaran permohonan dan butir-butir yang akan terkandung dalam daftar itu;
(p)
cara memfail, dan fi yang kena dibayar bagi, dan tatacara yang akan diikuti bagi, rayuan kepada Lembaga Rayuan;
(q)
mengawal selia penjalanan rundingan untuk membeli tanah dalam sesuatu kawasan pembangunan dan syarat pembelian itu;
(r)
mengawal selia pembuatan dan syarat membuat apa-apa perkiraan untuk bersama mendapat keuntungan, menyatukan kepentingan, bekerjasama, usaha niaga bersama, atau konsesi bersaling dengan mana-mana orang, syarikat atau badan di bawah seksyen 49;
(s)
mendapatkan pelaksanaan yang adil dan saksama terhadap penguatkuasaan seksyen 51;
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 267
(t)
mengadakan peruntukan bagi kesalahan di bawah Akta ini dan mana-mana undang-undang kecil yang boleh dikompaun oleh Datuk Bandar, orang yang boleh mengkompaun, jumlah had wang yang boleh dipungut oleh Datuk Bandar untuk mengkompaun kesalahan itu dan tatacara dan borang yang hendak dipatuhi dalam mengkompaun; dan
(u)
apa-apa perkara lain bagi melicinkan pelaksanaan pelan pembangunan.
Pemansuhan dan kecualian