Malaysia legislation

Section 65

of *AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

Seksyen 65

(2)

Walau apa pun pemansuhan undang-undang yang dinyatakan dalam subseksyen (1) yang dalam Akta ini disebut sebagai

―undang-undang yang dimansuhkan‖ ―

(a)

mana-mana kaedah yang dibuat di bawah undang-undang yang dimansuhkan itu hendaklah setakat mana ia tidak bertentangan dengan peruntukan Akta ini terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan yang sama seolah-olah ia telah dibuat di bawah Akta ini;

(b)

mana-mana perintah, perintah pembangunan, notis, termasuk notis penguatkuasaan dan notis permintaan sesuatu kebenaran perancangan, arahan, pemberitahuan atau permit yang dibuat, diberi, dibenarkan, dikeluarkan, dihantar serah atau disampaikan di bawah, menurut kuasa atau bagi maksud undang-undang yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan hendaklah, tertakluk kepada tempoh sah yang dinyatakan di dalamnya, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan yang sama seolah-olah ia telah dibuat, diberi, dibenarkan, dikeluarkan, dihantar serah atau disampaikan, mengikut

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 73

mana-mana yang berkenaan, di bawah atau menurut kuasa atau bagi maksud Akta ini:

Dengan syarat bahawa seseorang itu boleh dipecat daripada jawatan itu atau pelantikannya dibatalkan atau diubah mengikut peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini berhubungan dengannya;

(c)

mana-mana orang yang dengan sah di sisi undang-undang menjalankan atau memegang sebelum sahaja dari tarikh yang ditetapkan itu apa-apa tugas atau jawatan yang bersamaan dengan yang diberikan oleh Akta ini kepada seseorang ahli

Lembaga

Rayuan, seorang ahli

Jawatankuasa, atau seseorang pegawai yang diberi kuasa atau ejen hendaklah pada tarikh yang ditetapkan itu terus menjalankan apa-apa tugas atau memegang apa-apa jawatan tertakluk kepada terma dan syarat yang di-nyatakan dalam suratcara pelantikannya itu:

Dengan syarat bahawa seseorang itu boleh dipecat daripada jawatan itu atau pelantikannya dibatalkan atau diubah mengikut peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini berhubungan dengannya.

Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971