Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

Seksyen 7

(2)

Notis awam di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi―

(i)

butir-butir mengenai tempat atau tempat-tempat di mana salinan draf pelan struktur boleh diperiksa dan di mana salinan itu boleh dibeli dengan membayar fi yang ditetapkan;

(ii)

pelawaan untuk membuat bantahan secara bertulis menyatakan alasan bantahan itu daripada mana-mana orang berhubungan dengan draf pelan struktur; dan

(iii)

tempoh dalam mana, tetapi tidak boleh kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu disiarkan, bantahan itu boleh dibuat, dengan syarat bahawa tempoh bantahan boleh dilanjutkan oleh Datuk Bandar jika dia fikirkan perlu.

(3)

Bagi maksud menimbangkan dan melaporkan apa-apa bantahan yang dibuat menurut subseksyen (2) Menteri hendaklah melantik suatu Jawatankuasa yang kemudian dari ini disebut sebagai

―Jawatankuasa‖ yang terdiri tidak kurang daripada tiga orang yang akan dilantik oleh Menteri.

(4)

Jika tiada apa-apa bantahan diterima, Datuk Bandar hendaklah, apabila tamat tempoh membuat bantahan, mengemukakan draf pelan struktur itu kepada Menteri untuk keputusannya menurut seksyen 8.

(5)

Jika sesuatu bantahan diterima, Datuk Bandar hendaklah memberitahu Jawatankuasa yang akan menimbang dan membuat laporan mengenai bantahan itu.

(6)

Pada menimbangkan sesuatu bantahan Jawatankuasa itu hendaklah dengan seberapa segera yang praktik mendengar mana-mana orang yang termasuk wakil Jabatan Kerajaan atau badan berkanun yang telah membuat suatu permintaan untuk didengari semasa memfailkan bantahan itu.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 267

(7)

Selepas Jawatankuasa itu mendengar dan menimbangkan bantahan itu ia hendaklah, dalam masa yang munasabah tetapi tidak lewat daripada enam bulan atau apa-apa tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri selepas tarikh pendengaran yang akhir, membuat suatu laporan kepada

Datuk Bandar dan Datuk Bandar hendaklah menimbangkan laporan Jawatankuasa itu dan boleh membuat apa-apa pindaan kepada draf pelan struktur sebagaimana yang difikirkannya patut dan hendaklah mengemukakan draf pelan struktur itu dengan atau tanpa pindaan berserta dengan laporan Jawatankuasa itu kepada

Menteri tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh laporan itu diterima daripada Jawatankuasa atau apa-apa tempoh lanjutan lain sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri.

Kelulusan atau penolakan draf pelan struktur oleh Menteri

Section 7 — FEDERAL TERRITORY (PLANNING) ACT 1982 | mylaw.my