Malaysia legislation

Section 12

of AKTA LEMBAGA LETRIK SABAH 1983

Seksyen 12

(2)

Jika tidak kurang daripada tiga orang anggota, dengan notis secara bertulis yang ditandatangani oleh mereka dan dialamatkan kepada Pengerusi, meminta supaya suatu mesyuarat Lembaga diadakan bagi sesuatu maksud yang dinyatakan dalam notis itu Pengerusi hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas dia menerima notis itu, memanggil suatu mesyuarat dengan sewajarnya.

(2)

Jika Pengerusi tidak hadir di sesuatu mesyuarat Lembaga, Timbalan Pengerusi hendaklah mengetuai mesyuarat itu dan, jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi kedua-duanya tidak hadir, maka anggota-anggota yang hadir hendaklah memilih seorang dari kalangan mereka untuk mengetuai mesyuarat itu.