Malaysia legislation

Section 21

of AKTA LEMBAGA LETRIK SABAH 1983

Seksyen 21

(b)

pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat lain sebagaimana yang perlu, bagi menjalankan fungsi dan tugasnya di bawah Akta ini.

(2)

Jika Pengurus Besar tidak berupaya melaksanakan tugas-tugasnya sebagai demikian oleh sebab sakit, tidak ada dalam Negeri, atau sebab-sebab lain yang seumpamanya, atau jika jawatan Pengurus Besar kosong, Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik seorang daripada pegawai-pegawainya untuk melaksanakan tugas-tugas Pengurus Besar sepanjang tempoh Pengurus Besar tidak dapat melaksanakan tugas-tugasnya atau jika jawatan tersebut kosong.

(3)

Tertakluk kepada kelulusan Menteri, Pengurus Besar dan pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat lain Lembaga hendaklah diambil kerja atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana difikirkan patut oleh Lembaga.