Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(a)
untuk mengurus dan mengerjakan pepasangan elektrik kepunyaan Lembaga, dan apa-apa pepasangan dan kelengkapan lain yang diperolehi atau dipasang oleh Lembaga;
(b)
untuk menubuhkan, menguruskan dan mengerjakan apa-apa pepasangan tenaga yang disifatkan penting oleh Lembaga supaya ditubuhkan;
(c)
untuk memajukan dan menggalakkan penghasilan, penjanaan dan penggunaan tenaga dengan tujuan hendak membangunkan ekonomi Negeri;
(d)
untuk mendapatkan bekalan tenaga dengan harga yang munasabah;
(e)
untuk membuat peraturan-peraturan, mengikut Akta ini, mengenai penjanaan, penghantaran, pengagihan dan penggunaan tenaga :
Dengan syarat bahawa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah paragraf ini hendaklah menepati standard keselamatan dan tidak berlawanan dengan kehendak-kehendak manamana undang-undang bertulis berkenaan dengan standard keselamatan tersebut; dan
(f)
untuk menasihat Menteri dalam semua perkara berhubungan dengan penjanaan, penghantaran, pengagihan dan penggunaan tenaga.
(2)
Bagi maksud-maksud subseksyen (1) dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, Lembaga boleh—
(a)
tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, menjana, menghantar, mengubah bentuk, mengagihkan dan menjual tenaga sama ada secara pukal atau kepada pengguna-pengguna individu di mana-mana bahagian Negeri;
(b)
membeli, membina, membina semula, menyenggara dan mengendalikan talian bekalan, stesen janakuasa, stesen transformer, talian paip, kelengkapan pembersih gas, kelengkapan bagi mengekstrak dan mengagihkan gas petroleum cair dan semua stesen, bangunan dan kerja berkenaan yang lain;
(c)
menjual, menyewa atau selainnya membekalkan loji tenaga dan pasangan tenaga dan memasang, membaiki, menyenggara atau memindahkan apa-apa loji tenaga dan pasangan tenaga;
n dan meenaga yang supaya di-kkan pengaan tenaga unkan eko-aga dengan n, mengikut enghantaran, a:
in-peraturan i hendaklah n tidak ber-dak mana-berkenaan but; dan nua perkara enghantaran, a.
1) dan termana-mana ntukan Akta bah bentuk, a sama ada na-pengguna Negeri;
la, menyengalan, stesen talian paip, gkapan bagi s petroleum 1 dan kerja membekaltenaga dan ggara atau an pasangan
(d)
memperolehi apa-apa harta alih atau harta tak alih, yang disifatkan oleh Lembaga perlu atau mustahak bagi maksud membina, menyambung atau menyenggara mana-mana pepasangan tenaga atau selainnya bagi menjalankan tugastugas dan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini;
(e)
menjalankan segala kegiatan lain yang pada pendapat Lembaga perlu, berfaedah atau mudah baginya menjalankan tugas-tugas bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan tugas-tugasnya di bawah Akta ini atau dengan tujuan hendak mempergunakan dengan sebaik-baiknya mana-mana asetnya; dan
(f)
melaksanakan dan membenarkan pekerja-pekerjanya melaksanakan mana-mana fungsi yang diwakilkan kepada Lembaga atau mereka di bawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan tenaga atau jentera.
(3)
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Lembaga hendaklah, bagi maksud menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungkan ke atasnya, mempunyai kuasa—
(a)
untuk membayar kepada mana-mana orang yang bekerja dengannya saraan mengikut syarat-syarat perlantikannya;
(b)
untuk menubuhkan, mengawal, mengurus dan menyenggara, atau mencarum kepada, manamana skim pencen atau kumpulan wang simpanan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan bagi faedah kakitangannya atau orang-orang tanggungan kakitangan itu yang telah mati;
(c)
untuk membenarkan mana-mana jabatan Kerajaan Persekutuan atau Negeri atau mana-mana orang atau pertubuhan, dan untuk mengambil kerja mana-mana ejen, untuk menjalankan apa-apa kerja atau melaksanakan apa-apa tindakan sejajar dengan matlamat-matlamat Akta ini yang Lembaga berkelayakan untuk melaksanakan dan yang diluluskan oleh Lembaga; dan
(d)
untuk melantik penasihat-penasihat teknik yang disifatkannya perlu dan untuk membenarkan penasihat-penasihat itu menghadiri manamana mesyuarat Lembaga:
Dengan syarat bahawa penasihat-penasihat itu tidak boleh mengundi di mana-mana mesyuarat itu.
Bekalan