Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Lembaga hendaklah, apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pemunya atau penduduk mana-mana premis yang terletak dalam jarak 100 meter dari mana-mana sesalur agihan Lembaga dalam mana Lembaga adalah, pada masa itu, dikehendaki menyenggarakan atau sedang menyenggarakan bekalan tenaga bagi maksud-maksud bekalan am kepada penggunapengguna persendirian di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, memberi dan terus memberi bekalan tenaga untuk premis itu mengikut peruntukanperuntukan Akta ini, dan Lembaga hendaklah melengkapkan dan meletakkan apa-apa talian bekalan elektrik yang mungkin perlu bagi maksud membekal kuasa maksimum yang pemunya atau penduduk itu berhak dibekalkan mengikut kontrak dengan tertakluk kepada syarat berikut:
Dengan syarat bahawa kos sekian banyak talian bekalan elektrik bagi bekalan tenaga elektrik kepada mana-mana pemunya atau penduduk yang diletakkan atau didirikan atas harta pemunya itu atau dalam milik penduduk itu, dan sekian banyak talian bekalan elektrik yang perlu untuk diletakkan atau didirikan bagi jarak yang lebih jauh daripada 15 meter dari mana-mana sesalur agihan Lembaga, walaupun bukannya di atas harta itu, hendaklah jika Lembaga berkehendakkan sedemikian, ditanggung oleh pemunya atau penduduk itu.