Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"anggota" ertinya anggota Lembaga yang meliputi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi;
"bahaya" ertinya bahaya kepada kesihatan atau kepada nyawa manusia atau anggota badan dari renjatan, lecuran, atau lain-lain bencana dan meliputi bahaya kepada harta, pepasangan atau kelengkapan akibat dari penjanaan, penghantaran, pengagihan atau penggunaan tenaga;
“bekalan am” ertinya bekalan am tenaga yang dipersetujui secara khas dengan mana-mana pihak berkuasa awam atau tempatan bagi bekalan am tenaga untuk lampu awam, tetapi tidaklah meliputi pembekalan tenaga kepada seseorang atau lebih pengguna tertentu di bawah perjanjian khas;
"gas" ertinya bahan api bergas mudah terbakar yang meliputi gas asli dan bahan api bergas yang dihasilkan dari apa-apa bahan mentah;
"fungsi" meliputi kuasa dan tugas;
"gas asli" ertinya hasil bergas yang terdiri terutamanya dari metana yang dihasilkan dari kolam bawah tanah semulajadi dan yang digunakan kerana nilainya sebagai bahan api atau stok pembekal;
"gas petroleum cair" ertinya campuran hidrokarbon, terutamanya propana dan butana, yang dihasilkan, distor, diagihkan atau dijual dalam bentuk cecair dalam bekas diisitekan untuk apa-apa jua kegunaan;
"kawasan bekalan" ertinya kawasan dalam mana Lembaga hendaklah, atau pemegang lesen dibenarkan, menjana dan/atau untuk membekalkan tenaga;
"kelengkapan" meliputi apa-apa butiran seperti mesin, transformer, radas, instrument penyukat, alat pelindung, bahan pendawaian, aksesori dan perkakas bagi maksud-maksud penjanaan, penukaran, penghantaran, pengagihan atau penggunaan tenaga elektrik;
"kerja" meliputi talian bekalan elektrik, terusan, kerja-sungai, empangan, pangkal kerja, talian paip, bangunan, jentera, perkara atau benda dari apa jua perihalan yang dikehendaki untuk membekal tenaga dan untuk melaksanakan tujuan-tujuan Lembaga;
"kuasa" ertinya kuasa elektrik atau kadar kiraan seunit masa yang tenaga dibekalkan;
"lampu awam" ertinya lampu elektrik yang digunakan untuk menerangi mana-mana lebuh atau lain-lain tempat awam;
"lebuh" meliputi mana-mana jalan tembus di atas mana orang awam mempunyai hak lalu-lalang;
"Lembaga" ertinya Lembaga Letrik Sabah yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
iga yang ia pihak m tenaga uti pem-pengguna erutam n bawah nilainya terbakar gas yang okarbon, ihasilkan, ik cecair unaan;
im mana benarkan, ga;
1 seperti ikat, alat perkakas n, peng-elektrik;
terusan, ian paip, apa jua al tenaga baga;
g diguna lain-lain ar kiraan s di atas
1g;
yang di-
"lesen" ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang membenarkan pemegang lesen mengendali atau mengerjakan sesuatu pepasangan elektrik dan meliputi apa-apa lesen yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang lain yang berkuatkuasa sebelum pengisytiharan Akta ini;
"Menteri" ertinya Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab bagi perkara-perkara berhubungan dengan tenaga;
"meter" ertinya dan meliputi apa-apa dan setiap jenis mesin, alat atau instrumen yang digunakan bagi penyukatan bekalan tenaga;
"Negeri" ertinya Negeri Sabah;
“pemegang lesen” ertinya seseorang yang dibenarkan menurut syarat-syarat lesen untuk mengerja atau mengendalikan sesuatu pepasangan elektrik dan meliputi ejen berkuasa;
"Pengerusi" entinya Pengerusi Lembaga;
"penggerak utama" ertinya mesin yang membekalkan tenaga sawat kepada janakuasa;
"pengguna" ertinya seseorang yang dibekalkan tenaga atau yang permisnya ada pada masa itu disambungkan dengan mana-mana pepasangan bagi maksud bekalan tenaga;
"Pengurus Besar" ertinya Pengurus Besar yang dilantik di bawah seksyen 21 dan meliputi mana-mana orang yang pada masa itu dilantik sedemikian untuk melaksanakan tugas-tugas Pengurus Besar;
"pepasangan" ertinya keseluruhan mana-mana loji atau kelengkapan yang berada di bawah satu pemilikan atau penjagaan pihak pengurusan yang sama, yang bertujuan untuk membekal atau menggunakan tenaga, atau kedua-duanya, mengikut mana yang berkenaan, dan meliputi penggerak utama, jika ada, berserta semua loji, bangunan dan tanah yang perlu yang berkaitan dengannya, talian paip, talian bekalan dan kelengkapan pengguna, jika ada;
"pihak berkuasa awam" ertinya Kerajaan atau manamana jabatan atau cawangan Kerajaan atau Lembaga;
“premis” ertinya dan meliputi mana-mana bangunan, bilik, tenemen, pondok atau bangsal atau binaan-binaan lain dan semua tanah yang diduduki atau digunakan atau dibenar untuk diduduki atau digunakan berkaitan dengannya, yang berada di bawah satu pemilikan, penerimaan pajak, pihak pengurusan atau pendudukan;
“sesalur” ertinya mana-mana talian elektrik yang boleh diletakkan di bawah tanah atau didirikan di atas oleh Lembaga atau pemegang lesen dan yang menerusinya tenaga boleh dibekalkan oleh Lembaga atau pemegang lesen bagi maksud bekalan am;
"sesalur agihan" ertinya bahagian mana-mana sesalur yang digunakan bagi maksud memberi asalan kepada talian perkhidmatan bagi maksud-maksud bekalan am;
“stesen janakuasa” ertinya mana-mana stesen untuk menjanakan tenaga elektrik, meliputi apa-apa bangunan dan loji yang digunakan bagi maksud itu serta tapak binanya, dan meliputi tapak bina yang dicadang hendak digunakan bagi mendirikan stesen janakuasa, tetapi tidak meliputi mana-mana stesen untuk mengubah bentuk, menukar atau mengagihkan tenaga elektrik;
"substesen" ertinya kerja atau stesen di mana tenaga diterima bagi maksud ubah bentuk atau penukaran dan meliputi semua bangunan dan loji yang digunakan bagi maksud tersebut dan juga tapak binanya;
"talian bekalan" ertinya konduktor atau alat-alat lain untuk menyampaikan, menghantar atau mengagihkan tenaga, berserta apa-apa kelongsong, salutan, penutup, tiub, paip, penebat atau tiang yang menyarungi, mengelilingi atau menupanginya atau mana-mana bahagiannya atau apa-apa bangunan atau kelengkapan yang berkaitan dengannya bagi maksud mengubah bentuk, menyampai, menghantar atau mengagihkan tenaga;
"talian bekalan elektrik" ertinya apa-apa wayar, konduktor atau alat-alat lain yang diguna untuk menyampaikan elektrik bagi maksud kuasa, pencahayaan atau pemanasan dan meliputi apa-apa instrumen, penebat, salutan, penabungan atau tiang yang menupangi apa-apa talian bekalan elektrik atau apa-apa jua yang berkaitan dengannya;
ingunan n-binaan gunakan erkaitan milikan, ludukan;
a sesalur kepada alan am;
ik yang n di atas enerusiu peme-en untuk angunan ta tapak dicadang nakuasa, k meng-tenaga a tenaga aran dan kan bagi
"talian paip" ertinya konduit mekanik yang digunakan bagi mengangkut bendalir dan adalah meliputi kemudahan-kemudahan berkait seperti kelengkapan bermeter dan kawalan tekanan;
“tenaga” ertinya gas asli atau gas tiruan, gas petroleum cair, tenaga elektrik, atau lain-lain bentuk tenaga yang meliputi tenaga suria, geoterma, biojisim dan angin, ombak dan kuasa air yang dihasilkan, dijanakuasakan, dihantarkan, dibekalkan atau digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi maksud penghantaran sesuatu bentuk perhubungan atau isyarat; elektrik, melainkan jika ditakrifkan selainnya, adalah suatu benda sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 3 Akta Kilang dan Jentera 1967;
"Timbalan Pengerusi" ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga;
"ubah bentuk" ertinya mengubahbentuk voltan dari voltan yang rendah kepada yang tinggi atau sebaliknya;
"voltan" ertinya voltan lebih tinggi, voltan tinggi, voltan rendah dan voltan lebih rendah sebagaimana ditetapkan.