Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(2)
Jika timbul apa-apa perselisihan tentang apa-apa penggunaan tenaga elektrik yang tak wajar, atau tentang apa-apa defek yang dikatakan pada kelengkapan atau alat pelindungan atau tentang kelengkapan atau alat pelindung yang tak sesuai atau diperlukan, perselisihan itu hendaklah dirujukkan kepada Pemeriksa Elektrik yang mana keputusannya adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak tersebut.
(3)
Lembaga boleh enggan membekalkan tenaga elektrik kepada mana-mana pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa tempatan, syarikat atau orang yang bayaran bekalan tenaga elektriknya bertunggakan selama tempoh satu bulan setelah tuntutan dibuat, (yang tidak sepatutnya menjadi perkara pertikaian), sama ada mana-mana bayaran tersebut kena dibayar kepada Lembaga berkenaan dengan bekalan kepada premis yang berkenaan dengannya bekalan itu diminta atau berkenaan dengan premis-premis lain.