Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(2)
Jika mana-mana pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa tempatan, syarikat atau orang ingkar membayar apa-apa bayaran elektrik (yang tidak sepatutnya menjadi perkara pertikaian) atau apa-apa jumlah wang lain yang mereka terhutang kepada Lembaga berkenaan dengan bekalan elektrik kepada pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa tempatan, syarikat atau orang itu, maka Lembaga boleh memotong bekalan itu, dan bagi maksud itu boleh memotong atau memutus apa-apa talian bekalan elektrik atau kerja-kerja lain yang melaluinya elektrik boleh dibekalkan, dan boleh, sehingga bayaran itu atau jumlah-jumlah wang lain, berserta apa-apa perbelanjaan yang ditanggung beban oleh Lembaga kerana memotong dan menyambung semula bekalan elektrik itu, dibayar sepenuhnya, tetapi tidak lebih lama, memberhentikan bekalan elektrik kepada pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa tempatan, syarikat atau orang itu:
Dengan syarat bahawa jika mana-mana syarikat atau orang telah memberi kepada Lembaga deposit sebagai sekuriti bagi pembayaran bekalan tenaga elektrik, Lembaga tidaklah berhak memberhentikan bekalan itu sehingga jumlah wang yang terhutang kepadanya bagi bekalan itu adalah menyamai jumlah wang yang di-depositkan sedemikian sebagai sekuriti dan setelah pembayaran dituntut.