Malaysia legislation

Section 33

of AKTA LEMBAGA LETRIK SABAH 1983

Seksyen 33

Jika mana-mana pengguna yang dibekalkan elektrik oleh Lembaga meninggalkan premis di mana elektrik telah dibekalkan kepadanya tanpa membayar sewa elektrik atau sewa meter yang kena dibayarnya, Lembaga tidaklah berhak meminta bayaran tunggakan yang belum dibayar oleh tenan terdahulu itu daripada tenan premis itu selepasnya melainkan jika tenan yang masuk itu telah memberi kesanggupan kepada tenan terdahulu itu untuk membayar atau melepaskannya dari membayar tunggakan itu.