Malaysia legislation

Section 34

of AKTA LEMBAGA LETRIK SABAH 1983

Seksyen 34

Lembaga boleh, sebelum melaksanakan kerja-kerja yang perlu bagi menyambungkan premis pemunya atau penduduk kepada sesalur agihan, dengan notis secara bertulis, menghendaki pemunya atau penduduk premis itu, dalam masa tujuh hari selepas tarikh notis disampaikan, memberi sekuriti kepadanya berkenaan dengan pembayaran semua wang yang kena dibayar kepadanya berkenaan dengan bekalan itu sekiranya pemunya atau penduduk itu belum lagi memberi sekuriti itu, atau sekiranya apa-apa sekuriti yang diberi telah menjadi tak sah atau tak mencukupi, dan sekiranya mana-mana pemunya atau penduduk itu tidak mematuhi termaterma notis itu, Lembaga boleh, jika difikirkannya patut, enggan membekalkan tenaga bagi premis itu selagi hal tidak mematuhi itu berterusan.