Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
Jika mana-mana talian elektrik, meter, akumulator, pasangan, kerja dan kelengkapan kepunyaan Lembaga ditempatkan di mana-mana premis yang bukan milikan Lembaga bagi maksud bekalan elektrik di bawah Akta ini, talian elektrik, meter, akumulator, pasangan, kerja dan kelengkapan itu tidaklah boleh tertakluk kepada distres atau kepada remedi tuan tanah mendapatkan sewa premis itu di mana segalanya itu berada atau dikira sebagai pelaksanaan menurut apa-apa proses mana-mana mahkamah atau menurut apa-apa prosiding kebankrapan terhadap orang yang dalam milikannya segalanya itu berada.