Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
(a)
apa-apa jumlah wang yang dari semasa ke semasa diperuntukkan oleh Parlimen kepada Lembaga atau yang didermakan oleh Kerajaan Sabah atau mana-mana Kerajaan Negeri yang lain atau oleh mana-mana institusi atau orang lain bagi maksud-maksud Lembaga;
(b)
apa-apa jumlah wang yang dari semasa ke semasa didapatkan oleh Lembaga melalui pinjaman;
(c)
apa-apa jumlah wang yang dipungut sebagai tarif di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
(d)
semua sewa dan keuntungan dari hasil jualan dan pendapatan dan jumlah wang lain yang didapati oleh Lembaga secara langsung atau secara tak langsung dari harta kepunyaan Lembaga;
(e)
semua fee dan apa-apa jumlah wang lain yang dari semasa ke semasa dibayar kepada Lembaga.
oleh mena premis isang apaigan, kerja lain yang tara, yang gai pemu-rik, meter, n yang di-uat secara a ansuran n elektrik, elengkapan
Kumpulan Lembaga asil jualan lain yang sung atau kepunyaan ut sebagai n Akta ini rtulis yang semasa ke a melalui semasa ke en kepada
Kerajaan egeri yang itau orang lain yang r kepada
(2)
Kumpulan Wang Lembaga bagi sesuatu tahun kewangan hendaklah digunakan bagi membiayai cajcaj berikut—
(a)
saraan, fee dan elaun anggota-anggota Lembaga;
(b)
gaji, fee, saraan, elaun, pencen, elaun persaraan dan apa-apa ganjaran yang kena dibayar di bawah sesuatu kontrak, bagi pegawai-pegawai, ejen-ejen dan pengkhidmat-pengkhidmat serta penasihat-penasihat teknik atau penasihat-penasihat lain Lembaga;
(c)
belanja mengerjakan dan menubuhkan dan perbelanjaan menyenggarakan, atau peruntukan bagi menyenggarakan, mana-mana pepasangan Lembaga, dan pelaksanaan fungsifungsi Lembaga yang dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasil;
(d)
bunga atas mana-mana debentur dan stok debentur yang dikeluarkan, dan atas apa-apa pinjaman yang didapati oleh Lembaga;
(e)
jumlah wang yang dikehendaki dipindahkan kepada kumpulan wang penjelas atau sebaliknya diketepikan bagi maksud membuat peruntukan bagi menebus debentur atau stok debentur atau membayar balik wang-wang lain yang dipinjam;
(f)
apa-apa jumlah wang yang disifatkannya patut diketepikan berkenaan dengan kesusutan nilai harta Lembaga setelah memberi perhatian tentang amaun yang diketepikan daripada hasil di bawah paragraf (e) subseksyen ini; dan
(g)
apa-apa perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Lembaga dan dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasil.
(a)
bagi mewujudkan suatu rezab am; dan
(3)
Baki hasil Lembaga hendaklah digunakan—
(b)
bagi membayar apa-apa bunga atas syer dan stok yang dikeluarkan oleh Lembaga sebagaimana yang pada pendapat Lembaga keadaan pengusahaan dan kedudukan kewangan Lembaga membenarkan tetapi agar supaya dalam hal syer atau stok biasa, kadar bunga itu tidak boleh lebih daripada kadar purata sebanyak enam peratus setahun daripada nilai nominalnya dengan membandingkan setahun dengan setahun yang lain.