Malaysia legislation

Section 40

of AKTA LEMBAGA LETRIK SABAH 1983

Seksyen 40

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, meminjam wang dengan cara mengeluarkan debentur, stok debentur atau mendapatkan modal dengan cara mengeluarkan syer atau stok dari apa jua jenis dan nilai dan mengikut apaapa terma sebagaimana yang disifatkan bermanfaat, bagi kesemua atau mana-mana maksud berikut—

(a)

mengadakan modal kerja;

(b)

memenuhi fungsi Lembaga di bawah Akta ini;

(c)

pengambilan pengusahaan elektrik lain;

(d)

menebus mana-mana syer atau stok yang ia dikehendaki menebus atau berhak menebus; dan

(e)

apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun modal.

Section 40 — AKTA LEMBAGA LETRIK SABAH 1983 | mylaw.my