Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
(2)
Pada menetapkan tarif dan membuat perjanjian bagi pembekalan tenaga, Lembaga tidak boleh menunjukkan keutamaan tak wajar di antara penggunapengguna yang tinggal setempat, dan tidak boleh mengamalkan diskriminasi tak wajar di antara orang-orang yang tinggal setempat, dengan memberi perhatian kepada tempat dan waktu pembekalan, kuantiti tenaga yang dibekalkan, faktor beban dan kuasa pengguna, dan maksudnya bekalan itu diambil.
(3)
Jika timbul apa-apa perselisihan tentang apakah keutamaan tak wajar, faedah, rebat atau keistimewaan, atau tentang harga, maka perselisihan itu hendaklah diputuskan oleh Menteri.