Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
Harga yang hendak dicaj oleh Lembaga dan hendak dibayar kepada 'Lembaga bagi semua tenaga yang dibekalkan untuk lampu awam, dan cara bagaimana caj itu hendak ditentukan, jika tidak dinyatakan dalam kontrak, dan kos bagi sekian banyak pembinaan talian elektrik dari sesalur agihan Lembaga hendaklah diselesaikan melalui perjanjian di antara pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa tempatan dengan Lembaga dan, jika berlaku perselisihan, hendaklah ditentukan melalui timbangtara, dengan memberi perhatian kepada hal-keadaan kes itu dan sesalur agihan atau sesalur lain (jika ada) yang mungkin perlu diletakkan bagi maksud itu, dan harganya dicajkan kepada pengguna-pengguna biasa di daerah itu.