Malaysia legislation

Section 59

of AKTA LEMBAGA LETRIK SABAH 1983

Seksyen 59

Lembaga, di bawah apa-apa pengawasan sebagaimana yang dinyatakan kemudian dari ini, boleh membuka dan memecahkan tanah dan lapik batu beberapa lebuh dan jambatan dalam kawasan bekalan dan boleh membuka dan memecahkan mana-mana betung, parit atau terowong di dalam atau di bawah lebuh dan jambatan itu dan meletak serta menempatkan, dalam had kawasan yang sama, talian bekalan elektrik, talian perkhidmatan dan kerja-kerja lain dan, dari semasa ke semasa, membaiki, mengubah atau mengalihkannya, dan bagi maksud yang tersebut dahulu boleh mengalih dan menggunakan semua tanah dan bahan di dalam dan di bawah lebuh dan jambatan itu, dan dia boleh mendirikan di lebuh itu apa-apa tiang, tonggak, lampu dan kerja-kerja lain dan melakukan segala tindakan lain yang disifatkan perlu oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi membekalkan elektrik kepada penduduk kawasan yang termasuk dalam had kawasan tersebut, dengan menyebabkan sehabis sedikit kerosakan yang mungkin dalam melaksanakan kuasa-kuasa yang dengan ini diberi, dan memberi pampasan kerana apa-apa kerosakan yang dilakukan dalam melaksanakan kuasa itu, dan tertakluk kepada apa-apa kaedah yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Menteri.