Malaysia legislation

Section 60

of AKTA LEMBAGA LETRIK SABAH 1983

Seksyen 60

Tiada apa-apa lebuh, jambatan, betung, parit atau terowong itu boleh (kecuali dalam masa kecemasan di mana notis hendaklah diberi dengan serta-merta sebagaimana diperuntukkan kemudian dari ini) dibuka atau dipecahkan kecuali setelah notis tujuh hari diberi kepada, dan kecuali di bawah pengawasan, orang-orang yang mempunyai kawalan atau pengurusan ke atasnya atau pegawai mereka, dan mengikut apa-apa pelan yang diluluskan oleh orang-orang itu atau pegawai mereka atau, jika berlaku apa-apa perselisihan berkenaan dengan pelan itu, mengikut pelan yang ditentukan oleh Menteri yang boleh, atas permohonan orang-orang yang mempunyai kawalan atau pengurusan itu, atau pegawai mereka, menghendaki Lembaga supaya membuat apa-apa kerja sementara atau kerja-kerja lain sebagaimana difikirkan perlu oleh pemohon untuk mengawal terhadap apa-apa gangguan ke atas pemaritan semasa melaksanakan apa-apa kerja yang menghalang betung atau parit:

Dengan syarat sentiasanya bahawa jika orang-orang yang mempunyai kawalan atau pengurusan tidak hadir pada masa yang ditetapkan bagi pembukaan manamana lebuh, jambatan, betung, parit atau terowong itu, selepas mendapat notis mengenai niat Lembaga, atau tidak mencadangkan apa-apa pelan untuk memecah atau membukanya, atau enggan atau cuai mengawasi kendalian itu, Lembaga boleh melaksanakan kerja yang dinyatakan dalam notis itu tanpa pengawasan orang-orang itu atau pegawai mereka.

ihkannya, mengalih di dalam dia boleh ak, lampu tindakan semasa ke penduduk tersebut, kan yang isa yang rana apaksanakan dah yang eri.

parit atau masan di rta-merta i) dibuka ari diberi i, orang-rusan ke apa-apa itu atau apa perut pelan atas perilan atau ghendakiementara erlu oleh gangguan apa kerja ng-orang ak hadir n manaerowong embaga, tuk meau cuai laksanau tanpa ereka.