Malaysia legislation
Section 61
Seksyen 61
Apabila Lembaga membuka atau memecahkan jalan atau lapik batu mana-mana lebuh atau jambatan, atau mana-mana betung, parit atau terowong, dia hendaklah dengan segala kepantasan yang sesuai menyiapkan kerja yang dipecahkan itu dan menimbusnya dan memulihkan dan memperbaiki jalan atau lapik batu itu, atau betung, parit atau terowong yang dibuka atau dipecahkan sedemikian, dan membuang sampah yang disebabkan oleh kerja itu, dan hendaklah pada setiap masa, semasa mana-mana jalan atau lapik batu itu dibuka atau dipecahkan sedemikian itu, menyebabkannya dipagar dan dikawal dan hendaklah menyebabkan diadakan dan disenggara alat yang mengeluarkan cahaya yang cukup untuk memberi amaran kepada orang ramai pada atau berhampiran dengan jalan atau lapik batu di mana ianya hendak dibuka atau dipecahkan itu pada tiap-tiap malam, sebelum matahari turun dan sehingga matahari terbit, dalam masa mana ianya hendaklah terus dibuka atau dipecahkan dan hendaklah menjaga jalan atau lapik batu yang telah dipecahkan itu supaya berada dalam keadaan baik selama tiga bulan selepas mengganti dan memperbaikinya, dan untuk masa yang lebih lanjut, jika dikehendaki, tidak melebih enam bulan pada keseluruhannya, selagi tanah yang dipecahkan sedemikian itu terus menurun.