Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
(a)
Lembaga menghendaki supaya digali atau dibenamkan mana-mana peparit untuk meletakkan, mendirikan atau membina apa-apa talian bekalan elektrik baharu (selain dari talian perkhidmatan) atau kerja-kerja lain berhampiran dengan mana-mana betung, parit, saluran air, benteng atau kerja, atau manamana sesalur, paip, saifon, talian bekalan elektrik, wayar atau kabel telekomunikasi atau kerja-kerja lain di bawah bidang kuasa atau kawalan pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa tempatan atau kepunyaan mana-mana syarikat gas, bekalan elektrik, telekomunikasi atau air, telah ditempatkan dengan sahnya; atau
(b)
mana-mana syarikat gas, telekomunikasi atau air menghendaki supaya digali atau dibenamkan mana-mana peparit untuk meletakkan atau membina apa-apa sesalur, wayar, kabel atau paip baharu (selain dari paip perkhidmatan) atau kerja-kerja lain berhampiran dengan mana-mana talian bekalan elektrik atau kerja-kerja Lembaga telah ditempatkan dengan sahnya,
Lembaga atau pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa tempatan atau syarikat itu, mengikut mana yang berkenaan (dalam seksyen ini disebut "operator") hendaklah, melainkan jika dipersetujui selainnya di antara pihak-pihak yang berkepentingan, atau dalam hal kecemasan yang mengejut, memberi kepada pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa tempatan atau syarikat yang berkenaan, atau kepada Lembaga, mengikut mana yang berkenaan (dalam seksyen ini disebut "pemunya") tidak kurang daripada tujuh hari notis sebelum memulakan kerja menggali atau membenamkan peparit itu sebagaimana tersebut dahulu, dan pemunya adalah berhak melalui pegawainya mengawasi kerja itu, dan operator hendaklah menepati apa-apa kehendak yang munasabah sebagaimana dibuat gali atau ntuk me-apa-apa lain dari erja lain ng, parit, u mana-bekalan kasi atau asa atau au pihak ana-mana munikasi nya; atau kasi atau dibename letakkan ar, kabel perkhid-hampiran trik atau in dengan ihak ber-ana yang operator")
innya di au dalam da pihak itan atau
Lembaga, ksyen ini ujuh hari au mem-dahulu, gawainya menepati na dibuat oleh pemunya atau pegawai itu untuk melindungi daripada berlaku kerosakan kepada tiap-tiap betung, parit, saluran air, benteng, sesalur, paip, saifon, talian bekalan elektrik, wayar atau kabel telekomunikasi atau kerja, dan bagi mendapat akses ke dalamnya, dan dia hendak-lah juga, jika dikehendaki oleh pemunyanya, membaiki apa-apa kerosakan yang mungkin dilakukan ke atasnya.
(2)
Jika operator mendapatinya perlu untuk menggali di bawah tanah tetapi tidak mengubah kedudukan mana-mana paip, talian bekalan elektrik, wayar atau kabel atau kerja, dia hendaklah menopangnya untuk membetulkan kedudukannya semasa melaksanakan kerjanya, dan sebelum siap hendaklah menyediakan asas yang sesuai dan patut ditempat di mana penggalian bawah tanah itu dibuat.
(3)
Jika Lembaga meletakkan apa-apa lintasan talian bekalan elektrik yang mungkin menyentuhi mana-mana sesalur, paip, talian atau perkhidmatan kepunyaan mana-mana pihak berkuasa atau syarikat gas, bekalan elektrik, telekomunikasi atau air, maka bahagian pengalir talian bekalan elektrik itu hendaklah ditebat dengan efektifnya mengikut cara yang diluluskan oleh Pemeriksa Elektrik dan Lembaga tidak boleh, kecuali dengan keizinan bertulis pihak berkuasa atau syarikat itu, mengikut mana yang berkenaan, dan juga Menteri, meletakkan talian bekalan elektriknya supaya bersentuhan dengan mana-mana sesalur, paip, talian atau perkhidmatan itu, atau kecuali dengan keizinan yang sama dan mengikut cara yang diluluskan oleh Menteri menggunakan mana-mana sesalur, paip, talian atau perkhidmatan, sebagai pengalir bagi maksud-maksud bekalan tenaganya.
(4)
Apa-apa soal atau perselisihan yang mungkin timbul di bawah seksyen ini hendaklah ditentukan oleh Menteri.
(5)
Jika operator melakukan keingkaran mematuhi mana-mana kehendak seksyen ini dia hendaklah memberi pampasan penuh kepada semua pemunya yang terjejas dengan demikian itu kerana apa-apa kerugian, kerosakan, penalti atau kos yang mungkin ditanggung beban oleh mereka disebabkan itu dan sebagai tambahan kepadanya, bagi tiap-tiap keingkaran itu dia boleh dikenakan penalti tidak lebih daripada lima puluh ringgit dan penalti harian tidak lebih daripada lima puluh ringgit:
Dengan syarat bahawa operator itu tidak boleh dikenakan apa-apa penalti sedemikian jika mahkamah berpendapat bahawa kes itu adalah suatu kes kecemasan, dan bahawa operator itu mematuhi kehendakkehendak seksyen ini setakat mana yang munasabah mengikut hal-hal keadaannya, atau bahawa keingkaran yang berkenaan itu adalah disebabkan oleh fakta bahawa operator itu tidak tahu tentang kedudukan betung, parit, sesalur, paip, saifon, talian bekalan elektrik atau kerja yang terjejas dengan demikian itu, dan bahawa hal tidak tahu itu bukan disebabkan oleh apa-apa kecuaian di pihak operator.