Malaysia legislation
Section 64
Seksyen 64
Jika Lembaga telah mendirikan di mana-mana lebuh apa-apa tiang, tunggak, lampu atau kerja-kerja lain, atau meletakkan atau mendirikan mana-mana talian bekalan elektrik di sepanjang mana-mana lebuh, Menteri boleh, walau apa pun peruntukan lain dalam Akta ini, melalui notis secara bertulis menghendaki Lembaga supaya mengubah kedudukan tiang, tunggak, lampu atau kerja-kerja lain, atau talian bekalan elektrik itu, tertakluk kepada syarat-syarat yang, jika tiada tercapai perjanjian, hendaklah ditentukan dengan cara timbangtara.