Malaysia legislation

Section 65

of AKTA LEMBAGA LETRIK SABAH 1983

Seksyen 65

(2)

Dalam apa-apa jua hal yang tersebut dahulu peruntukan-peruntukan yang berikut adalah, jika tiada apa-apa perjanjian yang berlawanan di antara pihak-pihak yang berkenaan, terpakai, iaitu—

(a)

tidak kurang daripada dua puluh lapan hari sebelum memulakan apa-apa pengubahan, Lembaga atau orang-orang lain yang berhasrat hendak membuat yang demikian itu (kemudian dari ini disebut "operator" dalam seksyen ini) hendaklah menyampaikan kepada orang yang pada masa itu berhak atas paip, wayar, talian bekalan elektrik atau kerja itu, mengikut mana yang berkenaan (kemudian dari ini disebut "pemunya" dalam seksyen ini) suatu notis secara bertulis, menghuraikan pengubahan yang dicadangkan, bersama dengan satu bahagian dan pelan mengenainya mengikut skala yang cukup besar untuk menunjukkan dengan jelas butir-butir kerja yang dicadangkan, dan bagaimanapun tidak lebih kecil daripada 1:100 dikira secara tegak, dan 1:4000 dikira secara mendatar, dan memberitahu masa bila hendak dimulakan, dan hendaklah kemudiannya memberi apa-apa maklumat selanjutnya yang berhubungan dengannya sebagaimana dikehendaki oleh pemunya;

(b)

dalam masa empat belas hari selepas penyampaian notis, bahagian dan pelan itu kepada pemunya, pemunya boleh menyampaikan kepada operator satu rekuisisi yang bermaksud bahawa apa-apa soal yang timbul mengenai notis, bahagian atau pelan itu hendaklah ditentukan dengan cara timbangtara, dan sesudah itu perkara tersebut hendaklah, kecuali diselesaikan melalui perjanjian, ditentukan melalui timbangtara;

(c)

tiap-tiap penimbangtara yang suatu perujukan dibuat kepadanya di bawah paragraf (b) hendaklah memberi perhatian kepada apa-apa tugas atau kewajipan yang pemunya terikat melaksanakan, dan boleh menghendaki operator supaya melaksanakan apa-apa kerja sementara atau kerja-kerja lain untuk mengelakkan, dengan seberapa boleh, gangguan kepadanya;

(d)

jika tiada apa-apa rekuisisi disampaikan kepada operator di bawah paragraph (b) dalam masa yang disebutkan, atau jika rekuisisi itu telah disampaikan dan perkara itu telah diselesaikan melalui perjanjian atau ditentukan melalui timbangtara, pengubahan itu boleh setelah membayar atau mendapatkan apa-apa pampasan yang diterima atau ditentukan melalui perjanjian atau timbangtara, dilaksanakan mengikut notis, bahagian dan pelan itu dan tertakluk kepada apa-apa ubahsuaian sebagaimana ditentukan melalui timbangtara atau dipersetujui di antara pihak-pihak itu;

(e)

pemunya boleh, pada bila-bila masa sebelum operator berhak memulakan pengubahan itu, menyampaikan kepada operator suatu kenyataan secara bertulis yang bermaksud bahawa dia berhasrat hendak melaksanakan pengubahan itu sendiri dan bahawa dia menghendaki operator supaya memberi apa-apa sekuriti bagi pembayaran balik apa jua perbelanjaan sebagaimana dipersetujui atau, jika tiada apa-apa perjanjian, ditentukan dengan cara timbangtara;

(f)

jika suatu kenyataan disampaikan kepada operator di bawah paragraf (e), dia hendaklah, tidak kurang daripada empat puluh lapan jam sebelum perlaksanaan pengubahan itu dikehendaki dimulakan, memberi apa-apa sekuriti dan menyampaikan kepada pemunya suatu notis secara bertulis memberitahu masa bila pengubahan itu hendak dimulakan dan cara bagaimana hendak dibuat dan sesudah itu pemunya boleh terus melaksanakan pengubahan itu sebagaimana dikehendaki oleh operator;

(g)

jika pemunya enggan mematuhi notis itu, atau tidak mematuhi notis itu dalam masa dan mengikut cara yang ditetapkan oleh notis yang disampaikan kepadanya di bawah paragraf (f), operator boleh dengan sendiri melaksanakan pengubahan itu;

kan kepada alam masa si itu telah liselesaikan in melalui eh setelah-apa pam-an melalui laksanakan in itu dan in sebagai-tara atau itu;

a sebelum bahan itu, atu kenya-ad bahawa can peng-dia mengi apa-apa apa jua ujui atau, ditentukan n kepada hendaklah, lapan jam itu di-apa-apa pemunya tahu masa lakan dan esudah itu an peng-daki oleh s itu, atau masa dan notis yang fragraf (f), aksanakan

(h)

segala perbelanjaan yang ditanggung beban dengan sepatutnya oleh pemunya pada mematuhi notis yang disampaikan kepadanya oleh operator di bawah paragraph (f) boleh didapati kembali olehnya daripada operator.

(3)

Jika Lembaga atau orang-orang lain yang berhasrat hendak membuat pengubahan melakukan keingkaran pada mematuhi mana-mana peruntukan ini, dia hendaklah membayar pampasan penuh kerana apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung beban oleh sebabnya itu dan, jika timbul apa-apa perselisihan atau pertikaian tentang amaun pampasan itu, perkara itu hendaklah ditentukan dengan cara timbangtara: