Malaysia legislation
Section 66
Seksyen 66
(2)
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada pemunya tanah atas mana pokok, struktur atau objek yang diadukan itu terletak dan jika mana-mana perintah tidak dipatuhi dalam masa tujuh hari selepas itu, Lembaga adalah berkuasa memasuki tanah itu dan melaksanakan perintah itu tetapi hendaklah membayar apa-apa pampasan sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen (1).
(3)
Walau apa pun peruntukan-peruntukan subseksyen (1) dan (2), Lembaga adalah berkuasa, setelah memberi notis kepada penduduk, tanpa permohonan kepada Pegawai Daerah atau bayaran pampasan kepada mana-mana orang, untuk memasuki mana-mana tanah dan membuang mana-mana pokok, struktur atau objek yang disebut dalam subseksyen (1) yang ditanam atau ditempatkan berhampiran dengan talian atas selepas penempatan talian itu.
(4)
Walau apa pun peruntukan-peruntukan seksyen ini Lembaga boleh, jika ada kemungkinan mendatangkan bahaya yang serius kepada mana-mana orang berbangkit dari mana-mana pokok, struktur atau objek yang disebut dalam subseksyen (1), memasuki manamana tanah dan mengambil apa-apa tindakan yang perlu untuk menghapuskan bahaya itu tanpa notis kepada mana-mana orang, tetapi dalam tiap-tiap hal sedemikian hendaklah melaporkan kejadian itu kepada Pegawai Daerah yang atas permohonan pemunya tanah itu boleh dengan itu mengaward pampasan di bawah peruntukan-peruntukan subseksyen (1).
(5)
Suatu rayuan boleh dibuat terhadap apa-apa keputusan Pegawai Daerah di bawah seksyen ini kepada Pengarah Tanah dan Galian, dengan syarat bahawa notis rayuan itu hendaklah disampaikan kepada pihak yang satu lagi dalam masa lima hari dari penyampaian apa-apa perintah untuk melakukan kerja di bawah subseksyen (1) atau dalam masa empat belas hari dari mana-mana perintah menilai pampasan.
(6)
Bagi maksud seksyen ini "pokok" meliputi pokok renek, pokok pagar, belukar atau tanam-tanaman lain.
bawah subla pemunya objek yang na perintah selepas itu, ah itu dan membayar kkan dalam an subsek asa, setelah ermohonan asan kepada nana tanah atau objek tanam atau tas selepas an seksyen nendatang-orang ber-atau objek suki mana-akan yang anpa notis ap-tiap hal itu kepada unya tanah di bawah p apa-apa ini kepada at bahawa pada pihak nyampaian di bawah s hari dari puti pokok aman lain.