Malaysia legislation

Section 67

of AKTA LEMBAGA LETRIK SABAH 1983

Seksyen 67

(a)

apa-apa pengusahaan, pepasangan atau lain-lain harta, yang menjadi pengusahaan, pepasangan, atau lain-lain harta kepunyaan pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Lembaga Letrik Sabah 1981 yang dimansuhkan itu (kemudian dari ini disebut "pertubuhan perbadanan" dalam Bahagian ini) dipindahkan kepada Lembaga; dan

(b)

apa-apa stok dan syer, yang dikeluarkan kepada Ketua Menteri yang diperbadankan oleh Ordinan Ketua Menteri (Perbadanan) untuk dipegang bagi maksud-maksud Kerajaan Negeri Sabah, adalah dipindahkan kepada Menteri Kewangan, yang diperbadankan oleh Ordinan Menteri Kewangan (Perbadanan) 1957, untuk dipegang bagi maksud-maksud Kerajaan Persekutuan,

Kerajaan Persekutuan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, membayar berkenaan dengannya apa-apa pampasan kepada Kerajaan Negeri Sabah, sebagaimana dipersetujui oleh dan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen (1), apa-apa pengusahaan, pepasangan atau lain-lain harta hendaklah bererti, termasuk, segala loji, tanah, kerja dan lain-lain harta alih atau tak alih, aset, kuasa, hak dan keistimewaan yang dipegang atau dinikmati berkaitan dengan atau berkenaan dengannya.